Pastinya perkara pertama kita lakukan sebelum menonton drama atau filem adalah melihat terlebih dahulu rating ulasan daripada laman pengkritik filem.

Antara yang popular sudah tentunya laman web Rotten Tomatoes.

Namun, tahukah anda sebuah drama terbaru HBO iaitu Mare of Easttown dikatakan telah menerima rating tinggi iaitu sebanyak 94 peratus?

Persoalannya, hebat sangatkah drama bersiri ini? Siapa pula pelakonnya?

Untuk makluman, Mare of Easttown dilakonkan oleh pelakon hebat Kate Winslet yang memegang watak utama sebagai detektif yang bernama Mare Sheehan.

Apa yang menggemparkan penduduk di situ adalah terdapat kes pembunuhan membabitkan seorang gadis muda.

Tambah membingungkan, kes kehilangan seorang lagi gadis yang berlaku 10 tahun lalu sehingga kini masih menjadi misteri.

Susulan itu, adakah Mare mampu menyelesaikan kes berkenaan dan pada masa sama berdepan dengan konflik dalaman membabitkan keluarganya?

Jangan lupa saksikan drama penuh mendebarkan ini tidak lama lagi!

Selain Kate Winslet, pelakon lain yang membintangi drama ini adalah Julianne Nicholsan, Jean Smart, Even Peters dan ramai lagi.