gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sudah Ada 5 Anak, Ronaldo & Georgina Rodriguez Baru Bertunang
HIBURAN
Astro Audio Perkenal Aplikasi Eksklusif Setiap Stesen Radio
GAYA HIDUP
Pasangan Suami Isteri Empat Kali Juara Pertandingan Motorhome & Campervan Merdeka
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ratu Cantik Somalia, Khadija Omar Umum Tidak Lagi Berhijab - “Keputusan Ini Tak Mudah, Dibuat Selepas…””

Mya Amri
Mya Amri
28/03/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Ratu Cantik Somalia, Khadija Omar Umum Tidak Lagi Berhijab - “Keputusan Ini Tak Mudah, Dibuat Selepas…””
Pemegang takhta Miss World Somalia 2021 dan Miss Universe Somalia 2024, Khadija Omar, mengejutkan netizen apabila dia kini tampil dengan tidak berhijab.

Keputusan yang sukar

Khadija muncul dengan penampilan baharu itu semasa sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-24 baru baru ini.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Khadija mengakui keputusan yang dilakukan itu bukanlah mudah.
Malah keputusan itu dibuat selepas bertahun-tahun bergelut dengan konflik dalaman serta usaha untuk mengekalkan identiti dirinya sebagai seorang wanita Muslimah sejati.

“Saya masih menyimpan rasa hormat yang mendalam terhadap makna hijab. Tetapi saya kini berada di satu fasa hidup di mana saya bersedia untuk menerima perubahan dan melakukan sesuatu yang terasa benar untuk diri saya. “Menjadi Miss Universe Somalia dan mewakili gadis Somalia dalam dunia pageantry merupakan satu penghormatan yang besar.

“Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong dan berdiri bersama saya,” coretnya.

Sokong mereka yang berhijab

View this post on Instagram
A post shared by Khadija Omar (@khadija.omarr)
Bagaimanapun , Khadija tetap memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat wanita Somalia yang masih memilh untuk memakai hijab.

“Perjalanan hidup kamu adalah milik kamu sendiri. Bagaimana kamu mahu berpakaian atau tampil di dunia ini, adalah sepenuhnya keputusan kamu.

“Saya akan sentiasa memperjuangkan hak kamu untuk memilih,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, kenyataan yang diumumkannya dalam minggu terakhir Ramadan mengundang pelbagai reaksi.
Ada yang kecewa dengan perubahannya itu namun tidak kurang juga ada yang bersikap positif.
Terdahulu, Khadija telah mencipta sejarah tersendiri apabila dia menjadi peserta pertama yang berhijab di pentas Miss World and Miss Universe.
Mewakili Somalia, beliau berjaya menempatkan diri dalam kedudukan top 13 ketika pertandingan Miss World 2021.
Sebelum mewakili Somalia di Miss Universe 2024, Khadija terlebih dahulu bergelar finalis top 5 di Miss Universe Canada 2024.
Topic Berkaitan
#Ratu Cantik
#Berhijab
#Buka Tudung
#Somalia
#Penampilan
#Tidak Berhijab
#Khadija Omar
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement