Hiburan
Ratu Farah Dedah Pernah Jadi Rebutan, Kegilaan Pelajar Lelaki Ketika Di Sekolah - “Pergi Mana-Mana Mesti Kena Kacau”
Personaliti media sosial, Ratu Farah berkongsi bahawa dirinya pernah menjadi rebutan pelajar lelaki sewaktu di bangku sekolah.
Menerusi sesi podcast berjudul Sembang YTJT, Farah ditanya tentang pengalamannya ketika berada di bangku persekolahan.
BERITA TRENDING: Netizen ‘Serang’ Dr Halina Gara-Gara Kes Adik Lelaki
BERITA TRENDING: Netizen Terkejut Ina Naim Beri Jawapan ‘Kasar’ Selepas Disoal Pekerjaan Suami – “Wow Dah Lain Sangat Ya”
BERITA TRENDING: Pinjam Mara Hampir RM1 Juta, Rumah Che Ta Diserbu
undefined Menjawab kepada persoalan yang diajukan, Farah mendedahkan tentang dirinya yang sering menjadi perhatian pelajar lelaki dek kerana rupa paras yang cantik.
“Saya selalu kena kacau dengan lelaki. Saya kalau pergi mana-mana dengan kawan saya (Anis), saya pergi kantin, selalu ada sekumpulan lelaki suka kacau saya.
“Sampai kawan saya kata ‘kau nampak penumbuk aku, kau kacau Farah siap kau’.
“Lelaki kacau saya contoh macam ‘hai Farah, Farah comelnya hari ini , cantiknya’. Biasa kacau, sehingga macam jadi kegilaan ramai,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa terhibur dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pempengaruh berkenaan.
Sementara itu, ada juga yang meminta kawan kepada Ratu Farah iaitu Anis untuk memunculkan diri bagi mengesahkan kesahihan cerita yang dikongsikan.
“Aku kalau dalam podcast ni memang aku terkencing gelak.
“Anis tolonglah muncul Anis, kita nak cerita sebenar daripada kamu.
“Siapa Anis kawan Ratu? Tolonglah munculkan diri," komen beberapa netizen.
Sekadar info, Ratu Farah sebelum ini pernah tular di media sosial setelah membuat konten ‘pick up line’ bersama selebriti-selebriti terkenal tanah air.