Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Raveena Tandon Percaya Ada Pelakon Lain Bawa Mulut, Lagakan Dia Dengan Kajol, Karisma Kapoor & Shilpa Shetty

Izwan Isa
29/01/2022 07:50 MYT
Pelakon popular, Raveena Tandon menafikan yang dia sebenarnya bermusuhan dengan artis popular lain seperti Shilpa Shetty, Kajol dan Karisma Kapoor.

Menerusi sebuah temu bual yang dipetik menerusi Hindustan Times baru-baru ini, Raveena berkata yang dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“Tiada sebarang pergaduhan atau ‘politik kotor’. Kami sudah membintangi filem secara bersama sejak sekian lama. Kajol dan saya juga merupakan sahabat. Jadi tidak timbul isu pergaduhan,” katanya.

Sungguhpun dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Shilpa, Kajol dan Karisma, namun, Raveena percaya ada mulut-mulut jahat dalam kalangan artis yang menyebarkan gosip tidak baik tentang mereka.

Raveena turut mendedahkan yang watak heroin yang dipegang pernah digantikan dengan pelakon lain hanya kerana teman wanita pasangannya dalam filem berasa takut (insecure) terhadap dirinya.

“Saya digantikan secara sengaja kerana gadis ini tidak menyukai saya, dan insecure terhadap kehadiran saya.

“Dia sedang berpacaran dengan pelakon utama dan memaksa teman lelakinya untuk menggantikan saya dengan heroin lain. Kami merupakan pasangan serasi pada waktu itu.

“Disebabkan oleh tindakan gadis itu, saya kehilangan peluang untuk membintangi satu hingga dua buah filem,” katanya.

Raveena debut sebagai bintang filem pada 1991 menerusi filem aksi Patthar Ke Phool, yang memperlihatkannya memenangi Anugerah Wajah Baharu Tahun Ini menerusi Anugerah Filmfare.



***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
#Kajol #Karisma Kapoor #Shilpa Shetty #Raveena Tandom
;