Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rawat Migrain & Sakit Leher Salah Bantal Guna Ais! Ini Cara-Caranya

Amri Hassan
05/09/2023 07:55 MYT
Semua orang pasti mengalami situasi sakit bahagian belakang leher dan bahu selepas bangun dari tidur. Kata orang salah bantal!

Ada banyak cara untuk melegakan otot yang sakit disebabkan keadaan itu, sepertimana dikongsikan oleh pengguna media sosial Norazri Medzlan.

Kongsinya, salah bantal dan migrain boleh dirawat menggunakan ais!

"Tips orang tua dahulu!

"dua kali dah cuba. Pertama sakit tengkuk sebab (salah bantal). Hari ni sakit kepala(migrain).
"Letak ais batu dalam 10 minit kat tengah-tengah tengkuk terus hilang sakit kepala, ringan terus kepala ni. Macam tak caya pulak.

"Sebelum ni baca je org share, hari ni cuba pulak. Betullah hilang dah sakit kepala," tulisnya yang dikongsikan semula pengguna di Twitter.



Ciapan itu mendapat pelbagai reaksi wargamaya yang turut berkongsi tips masing-masing.

"Dari nenek saya, kalau sakit leher salah tidur tu kita tepuk-tepuk di belakang leher tiga kali.

"Fed up sebab hampir setiap hari sakit, last sekali beli bantal herba. Alhamdulillah banyak dah kurang sakit.

"Beli ice pack di farmasi pastu letak bawah tengkuk sambil baring.

"Salah satu cara lain rendamkan kaki dalam air suam," kongsi beberapa pengguna lain.

Selain itu, ada beberapa pengguna lain berkongsi teknik mujarab merawat kesakitan seumpamanya menggunakan ais.

"Pernah mandi ais masa badan lemah tak bermaya campur dgn limau nipis. Segar betul lepas tu.

"Sakit gigi yng teramat, ku letak ais kat bahagian yang sakit," kongsi @lisahadeeja.
#Viral #Tips #Petua #Rawatan #Ais #Migrain #Sakit Leher #Salah Bantal
;