"Ray Era Boleh Tahan...Tak Kering Gusi!" - Lakonan Ray Dalam Filem Sangkar Dapat Perhatian!

Asraf Aided
September 27, 2019 09:53 MYT
Filem terbaru arahan Kabir Bhatia iaitu Sangkar sentiasa menerima respon positif dari orang ramai yang telah menontonnya.
Menerusi tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen turut memuji lakonan Ray Era yang dianggap menambah rencah dalam filem tersebut.
Selain babak yang menyentuh hati, karakter Ray dalam Sangkar mampu membuat penonton tak kering gusi dalam beberapa babak jenaka yang diselitkan.
Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.
Bukan itu sahaja, Sangkar juga turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi
Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang masih ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Selain itu, filem kegemaran ramai ini turut ditayangkan di Brunei dan Singapura, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
#Filem #Filem #Sangkar