Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

Raya Bersederhana, Siti Nurhaliza Utamakan Anak-Anak - "Cukup Saya Ada Sepasang Dua Baju Baharu, Pakai Jelah Yang Lama"

Umirah Halim
10/04/2024 02:00 MYT
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi bahawa perayaan Aidilfitri pada tahun ini lebih memberi keutamaan kepada anak-anaknya iaitu, Aafiyah dan Afwa.

Menurut Siti, persediaan kali lebih kepada anak-anak dan bagi dirinya hanya sederhana sahaja.

"Apabila sudah ada dua anak, jadi fokus saya memang kepada mereka. Saya sebagai ibu, kalau ada satu dua helai baju jadilah, cuma Raya pertama kita ada lah baju baru," kongsi Siti ketika ditemui Gempak.

Warna Raya Pilihan

Menurut pelantun lagu Nazam Lebaran itu juga tema warna baju bagi sambutan Aidilfitri tahun ini pula dipilih oleh suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra dikenali sebagai Datuk K.

“Warna pilihan untuk tahun ini Datuk K yang pilih iaitu warna grey dan biru nila.

“Saya ikut suami, suami saya yang tentukan,” ujarnya.

Juadah kegemaran

Sementara itu, Siti turut sempat berkongsi antara juadah lebaran kegemarannya iaitu, nasi impit dah kuah kacang dan juga ketupat daun palas yang dipesan khas oleh ibu mentuanya, Siti Zainab Hanafi khas dari Kedah.

“Kalau orang Kedah memang kena ada ketupat daun palas. Jadi memang mak mentua saya dah buat pesanan awal-awal.

"Yang lain tu ada rendang, serunding, nasi impit dan kuah kacang itu pun memang menjadi juadah kegemaran saya.

“Kalau kita nak lebih sikit buat lah nasi minyak. Saya semenjak 3 tahun kebelakangan ini saya dah rajin buat rendang.

“Saya selalu masak rendang ayam, sebab daging pula saya tak pernah buat lagi,” tambahnya lagi.

Berita Trending: Siti Nurhaliza Bakal Dianugerahkan Biduanita Negara!

Berita Trending: Orang Awam & Peminat Senaraikan Momen ‘Humble’ Ketika Berurusan Dengan Siti Nurhaliza, Ini Respons Tuan Empunya Badan

#Anak #Nurhaliza #Siti #Raya #Datuk K #Aafiyah #Syawal #Juadah #Persiapan #Afwa
;