Skip to main content

Budaya Popular

Raya Ilya Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 4.7KG, Beri Nama Royal Abraham - “Alhamdulillah Kami Sihat Sahaja”

astro-gempak_raja_ilya_selamat_lahir_anak_lelaki.jpg

Pelakon, Raja Ilya memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya yang merupakan bayi lelaki di Hospital King Edward, Australia pada pagi Selasa.

Menerusi video yang dikongsi di Instagram, pelakon itu meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.


Pada masa yang sama, Ilya juga berkongsi nama anak lelakinya, Royal Abraham.

Terdahulu, Ilya berkongsi pengalamannya tiga kali bertukar hospital di Perth sebelum menjalani prosedur di Hospital King Edward.

Sekadar info, Raja Ilya mendirikan rumah tangganya bersama Trent Garret pada 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Talita Love yang berusia 2 tahun. 
 

Must-Watch Video

Advertisement