Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Raya Ilya Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 4.7KG, Beri Nama Royal Abraham - “Alhamdulillah Kami Sihat Sahaja”

Ainun
16/10/2024 07:25 MYT
Pelakon, Raja Ilya memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya yang merupakan bayi lelaki di Hospital King Edward, Australia pada pagi Selasa.

Menerusi video yang dikongsi di Instagram, pelakon itu meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.

“Alhamdulillah semua selamat dan kami sihat, Baby Royal selamat dilahirkan seberat 4.7kg. Patutlah masa mengandung, saya nak gerak kaki pun tak boleh,” katanya menerusi kapsyen di Instagram.


Pada masa yang sama, Ilya juga berkongsi nama anak lelakinya, Royal Abraham.

Terdahulu, Ilya berkongsi pengalamannya tiga kali bertukar hospital di Perth sebelum menjalani prosedur di Hospital King Edward.

Sekadar info, Raja Ilya mendirikan rumah tangganya bersama Trent Garret pada 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Talita Love yang berusia 2 tahun.

BERITA TRENDING: Orang Tak Kenal Siapa Danish Hakim, Netizen Minta Jangan Bitter - “Sebab Yang Popular Your Parent Not You,”

BERITA TRENDING: Puji Energy Peminat Di Malaysia, Jessi Janji Mahu Datang Lagi Ke Malaysia! - "Sebenarnya Saya Tak Sihat, Tapi ..."

BERITA TRENDING: Video Fattah Amin Tentang Pesanan Ayah Kembali Tular - “Jangan Pernah Khianati Isteri”

BERITA TRENDING: “Satu Hari Tu Saya Bangun, Rasa Bersalah Nak Post Gambar Free Hair…” - Sudah Lama Pasang Niat, Shasha Abedul Rasa Tenang Berhijab

#Anak #Raja Ilya #Lelaki #Selamat #Lahir #Royal Abraham
;