Berita

Raya Merentas Daerah! Ini 5 Adab Serta Perkara Penting Beraya Ketika PKPB

gempak
Syafiqah Jalal
19/05/2020
22:41 MYT
Sponsor Banner
Raya Merentas Daerah! Ini 5 Adab Serta Perkara Penting Beraya Ketika PKPB
Tinggal beberapa hari sahaja lagi semua umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun Raya kali ini pasti berbeza daripada sambutan setiap tahun kerana kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Namun kerajaan masih memberi kelonggaran untuk semua rakyat Malaysia merentas daerah serta menziarahi keluarga serta rakan-rakan hanya pada 1 Syawal.
Bagaimana pun Syawal kali ini perlu ada batasnya serta langkah berjaga-jaga bagi mengelak penularan wabak COVID-19 yang masih aktif di negara kita.
Jangan risau, Astro Gempak senaraikan 5 adab yang boleh anda ikuti untuk keluar berhari raya nanti:
  1. Mask & Sanitizer
Sejak PKP lagi, amalan memakai topeng muka dan menggunakan ‘sanitizer’ dengan kerap di tangan sudah menjadi norma baharu dan tidak terkecuali Hari Raya ini. Jadikan sanitizer peneman anda dan topeng muka aksesori terbaharu Syawal ini. Namun dinasihatkan setiap kali berkunjung ke rumah saudara mara atau rakan hendaklah sentiasa basuh tangan
  1. Elak Berjabat Tangan & Berpelukan
Berbeza dengan amalan berhari raya, ziarah Syawal kali ini dinasihatkan supaya elak untuk berjabat tangan dan berpelukan. Cukuplah letak tangan kanan anda di dada sebelah kiri, lemparkan sedikit senyuman serta menundukkan sedikit badan tanda salam. Ini salah satu langkah bagi mengelak penularan virus COVID-19.
  1. 20 Orang Dalam Satu Rumah
Meskipun kerajaan memberi kelonggaran kepada umat Islam merentas daerah untuk menyambut Syawal pada Hari Raya pertama sahaja, namun anda dinasihatkan untuk berada di satu rumah maksimum seramai 20 orang sahaja dalam satu masa. Jadi rancang dengan rakan dan keluarga anda sebelum menziarahi rumah mereka.
  1. Elak Mencium Bayi atau Kanak-Kanak
Ini amat penting! Bayi dan kanak-kanak adalah golongan yang paling sensitif dan mudah terkena penyakit. Jadi jauhkan diri anda daripada memeluk atau mencium mereka. Bukan sahaja kanak-kanak golongan tua atau warga emas juga perlu dijaga kerana mereka juga termasuk dalam golongan yang mudah terkena penyakit. Jika boleh elak untuk beraya di rumah keluarga yang ada anak kecil dan orang tua.
  1. Elak Beraya Di Rumah Bekas Pesakit COVID-19
Ini satu lagi pesan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Orang ramai yang mempunyai kenalan dengan bekas pesakit COVID-19 perlu memberi ruang kepada mereka untuk menjalani kuarantin selama 14 hari demi menjamin keselamatan bersama terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Jadi elak untuk berkunjung ke rumah mereka.
Selamat Hari Raya! Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live