“Raya Ni Kami Beraya Bertiga!” – Achey Ambil Anak Angkat

Syafiqah Jalal
Jun 13, 2018 07:43 MYT
Syawal ini bakal menjadi lebih bermakna buat pelawak Achey dan isteri apabila dapat bersama anak angkat mereka.
Achey menerusi akaun Instagram (IG) miliknya memberitahu penantian mereka selama lapan tahun untuk mempunyai cahaya mata telah berakhir dengan kahadiran bayi perempuan tersebut.
Bayi perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir itu diambilnya sejak 6 Ramadan lalu.
Ahli kumpulan Bocey itu turut meminta mendoakan kesejahteraan serta kesihatan anaknya itu.
Achey gembira kerana Saywal ini dapat beraya bertiga bersama Nur Tiara
Pelawak itu turut memuat naik foto bersama anak angkat perempuannya itu.
Foto: IG Achey Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Bocey #Anak Angkat #Achey #Raya