Pelakon Nad Zainal mendedahkan dirinya menghidap penyakit talasemia hingga berdepan situasi panik beberapa kali sejak dari bangku sekolah.
Cerita Nad, dia mula mengetahui penyakit yang dihidapinya itu ketika membuat ujian darah sebelum mendirikan rumah tangga.
"Ok kronologi masalah darah rendah atau kurang gula ini mula muncul sektiar 2005 ketika saya tingkatan empat.
"Di rumah tengah buat homework, pensel jatuh nak kutip, jantung jadi laju. Sampai urat kat leher tu boleh nampak betapa strunggle-nya nak mengepam darah. Dia timbul dan ikut laju detak jantung.
"Lepas tu area atas bibir start berpeluh. Dada pun berombak. Jadi, saya baring, tak jalan, duduk tak jalan, last-last buat-buat batuk dan minum air," ceritanya.
Ekoran penyakit itu, Nad memberitahu dia pernah pengsan di sebuah restoran makanan segera ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri sekitar 10 tahun lalu.
"Benda ni datang bila kau tiba-tiba dari posisi relaks lepas tu berubah ke posisi lain secara mengejut, contoh kutip barang jatuh.
"Tahun 2010, tak silap hari pertama raya, tumbang dekat McD ketika dalam perjalanan balik kampung. Ha, dari situlah tahu ada masalah tekanan darah rendah.
"Tapi saya memang pernah dengar talasemia, cuma tak tahu ia berkaitan dengan apa yang saya alami.
"Bila doktor cakap jika bakal suami ada talasemia, 'u kena fikir balik nak kahwin ke tak'. Saya terkejut, oh serius juga ya?
"Mujur tak ada, Faliq sihat. Walaupun hisap rokok, tidur lewat. Eh sakit pula hati aku," tambah Nad lagi.
Penyakit yang dialami Nad membuatkannya khuatir terutama situasi semasanya yang sedang berbadan dua.
Jelas Nad, sebagai ibu yang sedang hamil dia turut mengambil beberapa makanan tambahan selain mengamalkan minuman susu kambing.
"Bila mengandung, tiba-tiba doktor kata darah rendah dan bila baca kes-kes mak tekanan darah rendah ni, jadi takut.
"Sebab tu saya cuba sedaya upaya minum susu kambing, makan sekerap mungkin. Tapi masih susah nak naik. Sekarang doktor sudah bising.
"Jadi sebagai wanita yang ada talasemia, kalau rasa tak larat, baring cepat dan kena rajin ambil supplement," ujarnya.
Perkongsian Nad menarik perhatian peminatnya untuk berkongsi petua menambahkan darah dalam badan.
Antaranya pengambilan tablet iron, minyak kelapa dara, jambu batu, sayuran bayam dan yogurt.
Talasemia merupakan kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti.
Keadaan ini disebabkan perubahan gen yang mengawal penghasilan hemoglobin (protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen seluruh badan).
Amri Hassan
Fri Mar 19 2021
Takdir Itu Milik Aku: Shaheizy Sam & Emma Maembong Berjaya Buat Peminat Marah & Geram! | Singgah Set
Cik Bam ke lokasi salah sebuah drama yang tengah trending sekarang ini untuk meninjau pembikinan salah satu babak yang telah meruntun jiwa para penonton Takdir Itu Milik Aku. Lakonan Sam dan Emma memang betul-betul padu sampaikan penulis karya terbaik, Siti Rosmizah pun menitiskan air mata. Nak tahu lebih lanjut, jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #TakdirItuMilikAku
Karya Terbaik Siti Rosmizah Semail
Setiap Isnin - Khamis, 10 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
#AstroBaharu #TIMA #TakdirItuMilikAku
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BambamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #TakdirItuMilikAku
Karya Terbaik Siti Rosmizah Semail
Setiap Isnin - Khamis, 10 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
#AstroBaharu #TIMA #TakdirItuMilikAku
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BambamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.
Banjir Dubai: Anang, Ashanty Terkandas, Doa Dapat Segera Pulang
Ribut petir yang melanda Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa membuatkan sebahagian besar bandaraya tersebut lumpuh.
Hantaran Aliff Aziz 'Since You Been Gone' dan Bella Astillah POV Cari Pengganti Curi Perhatian Ramai!
Selepas lama menyepi di media sosial sejak kontroversinya, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memuat naik hantaran di Instagram Story (IG Story).
Kenali Dr Wan Wardatul Amani, Saintis Malaysia Pertama Terlibat Dalam Misi NASA ke Marikh!
Mungkin ramai diantara kita tidak mengenali beliau, namun pada April 2014 seorang saintis, Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim berjaya mencipta fenomena besar apabila berjaya mencatat sejarah sebagai wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebang
Westlife Kembali Ke Malaysia, Bikin Konsert Di Arena Of Stars Genting Highlands Jun Nanti!
Kumpulan pop terkenal dunia, Westlife akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert satu malam di di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 9 Jun nanti.