Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Raya Tahun Ni Tak Macam Dulu…” – Tajul Reda, Harap Abang Kembali Sembuh

Fiza Kamarudin 11/05/2021 | 04:22 MYT

Penyanyi Tajul, mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini tidak semeriah seperti sebelumnya apabila melihat keadaan abang, Khalis yang terlantar sakit.

Khalis atau nama sebenarnya Muhammad Khalis Md Shari didakwa terkena penyakit misteri atau perbuatan santau.
Menurut Tajul, walaupun dia dan isteri bakal menyambut Aidilfitri dengan kehadiran cahaya mata kedua mereka, namun keadaan abang membuatkan dirinya berasa sayu.
“Raya tahun ini perasaan saya berbeza. Ya, kehadiran cahaya mata kedua menyerikan sambutan Aidilfitri kali ini tetapi bila tengok keadaan abang (Khalis), rasa sebak.
“Ramai orang tanya betul ke abang terkena buatan orang? Kalau nak cakap pun, perkara ini agak sensitif kerana isu macam ni mungkin ada yang tidak percaya dan cakap ia merepek.
“Tapi hakikatnya memang ada, kalau terkena pada diri sendiri mungkin korang akan tahu,” katanya kepada Gempak.
Khalis sebelum terkena penyakit misteri

Tajul ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa FMC Music Bersama Media di EQ Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya sudah beberapa kali Khalis dibawa berubat secara alternativf, selain menerima rawatan dan perubatan di hospital.
“Memang daripada dulu dan kami sekeluarga pernah ikhtiar bawanya berubat beberapa kali sebelum ini.
Tidaklah lama sangat (penyakit yang dialami)...Sejak dia mula bergelar penyanyi,” katanya.
Ditanya mengenai perkembangan terkini Khalis, Tajul memberitahu keadaan abangnya itu semakin baik berbanding sebelum ini.
“Saya memang berharap agar abang dapat pulih seperti sedia kala. Alhamdulillah keadaaanya semakin baik berbanding dulu.
“Kalau dulu dia hanya terbaring dan sukar untuk bercakap. Sekarang dah mulai boleh bercakap, jadi boleh ajak berbual…Macam tu lah," kata Tajul.
Khalis masih menerima rawatan di hospital
Mengulas lanjut, Tajul menyifatkan Khalis sebagai abang yang baik dan dia sekeluarga reda atas ujian menimpa.
“Dia tak ada musuh, dalam adik-beradik saya boleh dikatakan dia sebaik-baik orang. Bukanlah nak kata begitu sebab dia abang saya.
“Tapi dalam kalangan kami, dia tidak pernah marah, tak pernah buat hal dengan orang lain dan sebagainya.
“Dia hanya buat hal sendiri, jaga keluarganya. Itu sahaja. Tapi bila sudah jadi begini, saya terkedu.
“Tak tahulah apa yang orang tak puas hati dengan dia. Kalau ada yang cemburuinya saya tak tahu, Wallahualam.
“Mahu tak mahu, kami kena terima dan reda. Cuma kami sekeluarga cubalah ikhtiar. Macam mana sekalipun bawanya untuk pergi berubat, untuk benda yang mungkin kita tak nampak.
“Sementara yang sakit ni, kita kena bawanya juga ke hospital untuk pantau keadaan.
“Dia ada kencing manis, cuma apa yang dialaminya itu macam tidak ada kena-mengena dengan penyakit yang dialaminya kini.
“Mungkin ada yang pelik dengan fizikalnya yang sedemikian. Memang ada penghidap kencing manis yang kurus, akan tetapi yang melihat akan tahu.
“Setiap malam saya mendoakan dia agar segera baik seperti sedia kala. Sihat macam dulu. Semua adik beradik menunggu dia, mendoakan dia,” katanya lagi.

#Sakit #Tajul #Ilmu Hitam #Santau #Khalis #Penyakit Misteri
;