Hiburan
"Rayfal & Jemyma Selalu Minta Nak Adik Perempuan" - Cantiknya! Seri Ibu Hamil Fasha Sandha Makin Jelas Kelihatan
Pelakon cantik, Fasha Sandha mendedahkan dua orang anaknya, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5, selalu menginginkan adik perempuan.
Fasha mendedahkan perkara terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Menerusi entri terbabit, Fasha memuat naik foto di sekitar majlis pertunangan adik kepada suaminya, Aidil Aziz.
"Insya-Allah. Dengan keizinan Allah dan jika tiada aral, kami akan berlima nanti.
"Rayfal dan Jemyma selalu minta nak adik perempuan, Allah makbulkan," dedah Fasha.
Pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini juga berharap agar proses kehamilannya dipermudahkan.
"Semoga kehamilan ini sihat sehingga melahirkan nanti. Amin. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kesayanganku yang selalu mendoakan kami," tulisnya lagi di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar proses kehamilan Fasha dipermudahkan.
Turut memuat naik foto-foto lain di sekitar majlis sama, seri wajah ibu hamil yang dimiliki oleh Fasha juga semakin jelas kelihatan dan ia dipuji oleh wargamaya.
Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 30 Mac 2019 dan sebelum ini, kehamilannya sering kali diuji sehingga mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Terdahulu, menerusi perkahwinan pertama Fasha, pelakon drama bersiri Natasha ini dikurniakan dua anak, Rayfal dan Jemyma.