Rayuan Berhasil! Bruno Mars Diberi Peluang Buat Persembahan Di Pentas Grammy Tahun Ini
Asraf Aided
12/03/2021 11:50 MYT
12/03/2021 11:50 MYT
Rayuan penyanyi Hollywood, Bruno Mars untuk membuat persembahan di pentas Anugerah Grammy ke-63 tahun ini ternyata berhasil.
Penganjur anugerah berprestij itu, Recording Academy telah memberi respon terhadap surat terbuka dari Bruno menerusi akaun Twitternya merayu untuk membuat persembahan di anugerah tersebut bersama kumpulan terbarunya, Silk Sonic.
"Kami telah menghubungi anda (Bruno) sepanjang minggu, adakah anda telah menukar nombor telefon?
"Kami berbesar hati untuk melihat debut Silk Sonic di Grammy, anda ada kelapangan malam Ahad ini? sila beri respon dan kami akan DM maklumat berkaitan," tulis Recording Academy di Twitter.
Pada 8 Mac lalu, Bruno menulis surat terbuka yang juga mewakili pihak rakannya, Anderson Paak di mana mereka telah berkolaborasi untuk projek band terbaru, Silk Sonic.
BACA: Grammy2021: Bruno Mars Rayu Diberi Peluang Buat Persembahan - "Janji Tak Lakukan Lebih-Lebih"
Recording Academy sebelum ini telah mengumumkan barisan penyanyi yang akan membuat persembahan di Anugerah Grammy ke-63.
Antaranya BTS, Taylor Swift, Billie Eilish, Megan Thee Stallion dan John Mayer.
Jangan lupa saksikan Anugerah Grammy 2021 secara langsung pada 15 Mac, jam 8.00 pagi di FOXlife (saluran 703 HD / 723) manakala siaran ulangan pula pada jam 8.00 malam.
Untuk platform digital, Anugerah Grammy 2021 boleh distrim menerusi On Demand STB dan Astro Go.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.