Pelakon Elfira Loy, 27, tampil menjelaskan situasi sebenar selepas ada segelintir orang yang menggelarkan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf sebagai seorang yang memilih dalam bab makanan atau picky eater.

Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata Rayyan tidak menggemari makanan yang dibuat daripada tepung seperti pancake (lempeng) dan wafel.

"Biarkan saya menjelaskan kerana saya tidak suka jika ada segelintir orang yang assuming sesuatu. Anak lelaki saya bukan picky eater.

"Bukan bermaksud dia (Rayyan) tidak suka cekodok bererti dia picky eater. Boleh tak kita berhenti panggil bayi kita dengan picky eater?

"Masaklah apa yang dia suka kan. Takkan tak berapa suka dah cakap picky eater? Kalau macam tu saya juga seorang picky eater.

"Dia hanya tak suka cucur. Jadi saya saja cuba sekali lagi kot dia suka. Kacau dia. Dia tak berapa berkenan benda bertepung.

"Macam pancake, wafel haa macamtu tak berapa pandai. Sebab itu pagi-pagi kena makan nasi atau pasta atau mee," tulisnya di Instagram Stories.



Sebelum ini, pelakon drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ada memuat naik video yang menunjukkan gelagat Rayyan ketika disuruh makan cekodok.

Menerusi rakaman tersebut, Rayyan hanya berpura-pura makan bagi menjaga hati ibunya.

"Pandai ambik hati dia ni, buat-buat dah makan," kata Elfira.

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faris Khairol Anuar, 30, pada 1 Januari 2019.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun.