HIBURAN
Razman Bidas Kenyataan Aqo Imran, Nafi Berhutang - “Kasihan Dekat Dia Sebab Itu…”
Pereka Fesyen, Razman meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan yang diberikan oleh jurugambar, Aqo Imran yang mendakwa telah menghalalkan hutang RM20,000 yang dibuat oleh Razman dan rakannya, Razmi.
Dalam sebuah hantaran di Instagram Stories, Razman menegaskan bahawa mereka tidak pernah berhutang dengan jurugambar tersebut.
“Kasihan dekat dia, sebab tu tak saman sebab nanti kau terduduk Aqo oi. Hutang apa pula kau halal kan? Cakap biar jelas.
“Cel*k* betul lah kau ni, kami duduk diam-diam. Kau bayar ganti rugi muka, malu, lukakan kami. Kau mampu ke? Si*al betul kau kan Aqo.
“Maaf pihak kami tiada hutang dengan dia, tolong betulkan kenyataan,” tulisnya.
Namun, menerusi tinjauaan Gempak pereka fesyen itu telah memadam hantaran tersebut dan memuat naik gambar balai polis Dang Wangi.
Terdahulu, Aqo Imran meluahkan rasa syukur apabila kes yang melibatkan dirinya memukul pereka fesyen, Razman Razmi di sebuah acara di Petaling Jaya awal tahun lalu telah pun selesai.
Jelas Aqo, dia mengambil keputusan untuk mengakui kesilapannya kerana tidak mahu memanjangkan isu dan demi ketenangan hidup.
Sebelum ini, dalam kejadian pada Januari lalu, Razman dan Razmi dipukul dengan kamera oleh jurugambar lelaki terbabit.
Kejadian berlaku ketika wartawan sedang menemubual Vida sebelum jurugambar terbabit bertindak agresif dengan menyerang dan memukul mereka dengan kamera miliknya.
Kedua-duanya yang mengalami luka di pipi kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum penganjur bertindak membuat laporan polis.
Must-Watch Video