Pelakon Rashidi Ishak akui bersedia untuk berkenalan dengan individu baharu.

Kata Rashidi selepas melalui episod duka apabila mahligai yang dibinanya selama 18 tahun berkecai, sebagai manusia dia perlukan seseorang untuk berkongsi cerita harian.

"Saya tiada spesifik usia untuk mengenali seseorang, asalkan ada 'chemistry' untuk bersembang, punyai same wavelenght dan ada daya penarik sudah memadai.

"Saya melalui tempoh setahun untuk menerima bahawa jodoh saya dan bekas isteri hanya setakat ini.

"Sebagai manusia, adakalanya saya mahu bersembang dengan seseorang yang kita kenal," katanya ketika ditemui pada majlis iftar dan sambutan ulangtahun ke-10 Celepets di Publika, Kuala Lumpur semalam.

Akui ada yang cuba mendekatinya, Rashidi memerlukan individu yang boleh memahaminya dan meluangkan masa untuk berbicara.

Malah, Rashidi tiada masalah seandainya bekas isteri, Vanidah Imran bertemu insan lain yang boleh menjadi jodoh terbaik baginya.

"Saya okey dan pastinya sangat gembira sekiranya dia bertemu pengganti. Saya juga mendoakan dia bertemu jodoh yang terbaik dan boleh menjaganya," katanya.

Rashidi, 45, dan Vanidah, 46, mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2000.

Bagaimanapun, pasangan itu bercerai pada 9 Ogos tahun lalu.

Pasangan itu dikuniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 18, dan Maryam Rashika, 15.