Ready Nak Raya Tapi Gaya Kurang Kick? Cuba Tips & Trik IKEA Ini, Confirm Style Lebaran ‘Merentas Sempadan’
28/04/2021 09:03 MYT
Tinggal beberapa minggu saja lagi, kita semua akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Ketika ini pastinya sudah ramai yang sudah merancang persiapan raya, tidak kiralah ruang meja makan, bekas biskut raya mahupun dekorasi ruang tamu khusus untuk lebaran.
Walaubagaimanapun, pasti juga ada diantara anda agak buntu apakah tema atau barangan yang paling sesuai tahun ini.
Nampak mewah, namun pada masa sama cukup berpatutan.
Kedengaran seperti mustahil bukan? Namun tahukah anda sebenarnya di IKEA banyak barangan dan produk menarik yang sangat sesuai dengan sambutan Syawal?
Paling penting ia tidak akan membuat dompet anda ‘meraung’ dengan harga terlampau mahal.
Jadi, jika anda masih terpinga-pinga dengan konsep raya tahun ini, apa kata anda lihat tips dan trik menarik ini.
#1 Sediakan Juadah Raya Dengan Penuh Gaya! Confirm Insta Worthy
Kalau sudah nama pun raya, tidak lengkap lah makanan seperti lontong, ketupat, lemang atau rendang.
Namun, semua pasti setuju meja makan memainkan peranan cukup penting.
Warna haruslah padan dan corak juga perlu sesuai dengan ‘vibe’ raya.
Jadi apakah barangan paling tepat yang anda boleh anda gayakan supaya mood raya?
Mudah saja, anda boleh cuba gabungan lapik mat SOMMARDRÖM yang diperbuat daripada buluh ini.
Mahukan lebih elegen, ia boleh dipadankan dengan pinggan makan IHÅLLIG atau IKEA 365+.
Apa jua yang anda pilih pastinya gabungan ini akan menyerlah mood raya anda.
Anda boleh boleh cuba:
SOMMARDRÖM Place mat RM9.90
https://www.ikea.com/my/en/p/sommardroem-place-mat-bamboo-30490506/
IHÅLLIG Place mat RM25.90
https://www.ikea.com/my/en/p/ihallig-place-mat-natural-seagrass-80342877/
IKEA 365+ 18pcs service RM189
https://www.ikea.com/my/en/p/ikea-365-18-piece-service-white-80401777/
#2 Wujudkan Ruang Yang Lebih Fleksibel!
Tahun ini pastinya sedikit berbeza apabila ada yang tidak dapat beraya bersama.
Namun, itu bukan alasan untuk kita terus bersedih kerana sambutan Aidilfitri atau Syawal tetap perlu diteruskan.
Oleh itu, penting untuk kita mempunyai ruang rumah dengan susunan yang lebih fleksibel.
Contohnya anda boleh sediakan kerusi dan meja makan ekstra di ruang rumah anda dengan dengan MARIUS stool, dan meja EKEDALEN extendable table.
Meja EKEDALEN extendable table khususnya mampu menambah keluasan meja dengan ciri yang mudah. Hanya perlu tarik dan meja anda akan bertambah panjang!
Cukup sesuai untuk mereka yang mahu kemeriahan raya, namun pada masa sama kekal fleksibel.
Jika bimbang sekiranya tetamu membawa anak kecil, apa kata sediakan mereka dengan AGAM Junior chair!
Ketinggian sesuai dan pada masa sama terdapat sokongan kaki yang selesa.
Anda boleh boleh cuba:
EKEDALEN Extendable table RM999
https://www.ikea.com/my/en/p/ekedalen-extendable-table-dark-brown-20340763/
MARIUS Stool RM17.90
https://www.ikea.com/my/en/p/marius-stool-black-00162380/
AGAM Junior chair RM159
https://www.ikea.com/my/en/p/agam-junior-chair-black-70253536/
#3 Serlahkan Kehebatan & Skill ‘Air Tangan’ Raya Anda Dengan Cara Tersendiri
Selain sibuk mengemas, anda juga pasti tidak akan ‘menang tangan’ setiap kali memasak juadah raya.
Oleh itu, pastikan anda bersedia dengan alatan memasak terutamanya bagi tugas berat seperti menyediakan lauk rendang daging yang pastinya memerlukan tempoh masa lama dan persediaan yang kompleks.
Bak kata ramai tukang masak, alatan yang betul memudahkan tempoh memasak dan antara yang wajib cuba adalah The IKEA 365+ cookware set dan STORKOK ceramic pot!
Dua alatan ini merupakan pilihan tepat untuk memenuhi keperluan dapur raya anda. Tak percaya? Anda kena lah cuba dulu.
Anda boleh boleh cuba:
IKEA 365+ cookware set RM269
https://www.ikea.com/my/en/p/ikea-365-5-piece-cookware-set-90368876/
STORKOK Pot with lid RM129
https://www.ikea.com/my/en/p/storkok-pot-with-lid-ceramic-black-white-70470158/
#4 Sediakan Kudapan Kuih & Biskut Raya Serta Minuman Lazat! Tetamu Confirm Happy!
Sebut saja sambutan Aidilfitri, kuih atau biskut raya pasti antara hidangan wajib.
Jika tetamu datang ke rumah, makanan pertama yang dipandang mereka pastinya kuih raya.
Namun, tahukah anda apa yang lebih penting adalah ‘presentation’ kuih raya itu sendiri.
Malah, jangan lupa stok kuih raya anda cukup bertahan sehingga 30 hari memandangkan tempoh beraya adalah sebulan!
Bukan hanya itu, minuman juga penting dan reka bentuk menarik pastinya membuatkan tetamu atau ahli keluarga tersenyum gembira. Hilang dahaga!
Anda mungkin boleh cuba MOPPA Jug, VARDAGEN Jar with tap dan LJUVARE Serving stand.
Nampah mewah dan klasik, namun pada masa sama menjalankan tugas juadah dan minuman raya dengan cukup cemerlang.
Anda boleh boleh cuba:
MOPPA Jug with lid RM19.90
https://www.ikea.com/my/en/p/moppa-jug-with-lid-dark-blue-transparent-30342912/
VARDAGEN Jar with tap RM59
https://www.ikea.com/my/en/p/vardagen-jar-with-tap-60452640/
LJUVARE Serving stand RM109
https://www.ikea.com/my/en/p/ljuvare-serving-stand-three-tiers-gold-colour-00492088/
Menarik bukan? Sangat bergaya, nampak mewah dan modern, namun pada masa sama masih mampu milik.
Jadi untuk dapatkan segala kelengkapan raya ini anda boleh kunjungi gedung IKEA terdekat atau layari laman web IKEA.my/Raya.
Ingat, raya dengan cara anda!
Eh Kejap! IKEA Pun Ada Juadah Raya?
Jangan tak tahu, di IKEA juga ada pelbagai juadah dan hidangan lazat untuk Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri anda.
Semuanya dijual di Restoran IKEA dan Kedai Khas Makanan Sweden!
Sekiranya menghasilkan kuih raya bukan plan raya anda tahun ini, jangan cemas jangan risau, IKEA kan ada.
Daripada tart nanas sehingga lah biskut kacang Mazola, biskut coklat oren, cashew sugee dan IKEA Raya cookies, semuanya ada.
Paling istimewa, kesemuanya berharga antara RM17.90 hingga RM18.90 sekotak dan sudah pun mula dijual pada 13 April 2021.
Tidak cukup dengan itu, manu daripada Kedai Khas Makanan Sweden akan menambah lagi selera puasa dan Raya anda.
Terdapat menu istimewa seperti kek lapis cranberry dan kek lapis prune berharga RM19.90 setiap satu.
Malah, jika anda bercadang untuk ‘menutup’ dapur pada bulan Ramadan dan Raya ini, rangkaian makanan perayaan restoran IKEA Restaurant juga akan menyelamatkan anda.
Jangan tak percaya kerana terdapat menu nasi arab seperti Arabic Whole Leg Chicken Mandi Rice, Arabic Lamb Kabsa Rice.
Selain itu terdapat juga menu unik bebola daging dengan sos rendang.
Tawaran makanan ini bermula dari 12 April 2021 dan seterusnya. (Hanya untuk waktu yang terhad sahaja).
Dengan harga hanya antara RM12.90 hingga RM18.90, makanan ‘perayaan’ ini hanya tersedia untuk makan malam dan bungkus sahaja.
Jadi apa tunggu lagi? Jom ke Restoran IKEA hari ini!