Rebah Atas Pentas, Fizi Ali Masuk Hospital

Rozaimi Zubaidi
Disember 24, 2017 07:21 MYT
Penyampai Radio, Fizi Ali dikejarkan ke Hospital KPJ Specialist Pulau Pinang selepas tiba-tiba rebah di atas pentas Suria Jam 2 yang berlangsung di Mydin Bukit Mertajam semalam.
Menerusi sebuah entri di Instagram (IG), Fizi berkongsi sekeping gambar sedang terlantar di katil hospital dalam keadaan lemah.
"Terima kasih semua crew suria, artis-artis, pemuzik, orang ramai yang tolong dari atas pentas sampai ke hospital.
"Semoga Allah dapat balas kebaikan kalian. Akhirnya Fizi Ali tumbang juga. Doakan yang baik-baik ya. Amin," tulisnya.
Rata-rata peminatterkejut dan risau dengan keadaannya meninggalkan komen yang mendoakan supaya Fizi Ali kembali pulih selepas menerima rawatan.
@arbainahsaid: 'Semoga Allah memberi kekuatan kepada @fizialisuria di permudahkan segalanya. Cepat sembuh dan berehat secukupnya.
@Rozi09: 'Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
@zaimuar: 'Allahuakbar, tekejut bila tengok gambar tu. Semoga lekas sembuh ek @fizialisuria.
#Penyampai radio #Fizi Ali