Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Rebecca Nur Al Islam Sebak Doa Agar Hujan Lebat Ketika Tawaf Dimakbulkan - “Macam Tak Percaya, Tiba-Tiba Saja…”

Khairil Khusyairi
03/09/2024 09:25 MYT

Pelakon Rebecca Nur Islam gagal menahan sebak apabila hujan membasahi kota suci Makkah ketika menunaikan ibadah Umrah baru-baru ini.

Hujan Lebat Ketika Tawaf

Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca atau nama sebenarnya Rebecca Nur A Islam berkongsi rakaman video yang memaparkan hujan lebat di Masjidil Haram.

Kata Rebecca, dia bersyukur Allah memakbulkan doanya agar hujan turun ketika membuat pusingan tawaf.

“Pusingan ke-4 semasa tawaf saya berdoa dekat Allah SWT saya teringin sangat nak merasa hujan lebat, hujan rahmat di depan Kaabah.

“AllahuAkbar macam tak percaya pusingan ke-6 tawaf tiba-tiba sahaja hujan lebat selebat-lebatnya. AllahuAkbar,” kongsinya.

Gagal Tahan Sedih

Tambah ibu kepada enam cahaya mata itu lagi, dia juga memohon maaf kerana tidak dapat mengawal kesedihannya sejurus hujan turun.

“Sedih sangat tak dapat kawal keadaan saya. Maafkan aku Ya Rabbi.

“Maaf semua saya tak dapat kawal kesedihan. Allah mendengar doa saya. Semoga Allah SWT makbulkan kesemua doa saya dan doa umat Muhammad SAW yang berada di dalam hujan tadi,” tulisnya.

A post shared by Rabecca Nur Al Islam (@rebeccanuralislamahmad)

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Rebecca Nur Al-Islam Ada Sebab ‘Request’ Bersalin Caesarean - “Saya Takut Sangat Nak…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Assalamualaikum Baby A” - Rebecca Nur Al Islam Selamat Bersalin Anak Keenam

ARTIKEL BERKAITAN: “Beras 50kg Untuk Dua Minggu Pun Tak Cukup” - Rebecca Nur Al Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Hamil Anak Ke-6, Rebecca Akur Kalau Kandungan Kena Gugurkan - "Allah Dah Susun ..."

#Kaabah #Umrah #Rebecca Nur Al Islam #Makkah #Hujan #Tawaf