HIBURAN
Rebecca Nur Al-Islam Pertahankan Tindakan Abang ‘Call’ Isteri Ketika Live - “Tak Adanya Dia Red Flag Sebab…”
Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam tampil mempertahankan tindakan abangnya, Aidiamin Ahmad yang menegur isterinya iaitu Bonda Rozita ketika sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Menafikan dakwaan segelintir netizen yang menganggap abangnya itu sebagai 'red flag', Rebecca menjelaskan teguran tersebut berlandaskan niat baik untuk melindungi isteri daripada situasi yang boleh menjadi lebih buruk.
“Pada saya, abang long saya tak nak memberi peluang kepada orang lain untuk masuk dan berkata benda-benda yang negatif, sebab BR tengah live dan orang akan ambil kesempatan untuk bertanya jadi takut dia terlepas cakap apa-apa.
“Tak adanya dia red flag sebab baguslah dia menjaga isteri dia macam itu, sebab abang saya ni dia baiklah. Dia abang yang paling baik,” kata Rebecca kepada Gempak.
Dalam pada itu, kakak kepada Rebecaa, Farra Ahmad turut menyuarakan pandangan yang sama..
Bagi Farra, tindakan abangnya lebih kepada usaha untuk memperbaiki dan menenangkan keadaan bukannya satu bentuk kawalan yang melampau.
“Saya tak rasa benda itu sebagai red flag, dia hanya nak memperbaiki dan menenangkan kedua-dua pihak. Sebab abang saya pun tak nak pilih side .
“Sebab saya rasa dia pun sedar, kedua-duanya mempunyai kesilapan, jadi saya tak rasa pun itu red flag tapi dia cuba membantu mana yang boleh untuk selesaikan masalah ini,” kata Farra.
Terdahulu, usahawan sensasi Bonda Rozita mencuri tumpuan netizen apabila sesi siarang langsung miliknya tiba-tiba terganggu disebabkan satu panggilan telefon mengejut daripada suaminya, Aidiamin Ahmad.
Dalam nada sedikit tegang, Aidiamin dilihat menegur tindakan Rozita yang dipercayai menyentuh isu perselisihan faham dengan pelakon Rebecca Nur Al-Islam, yang juga adik iparnya.