gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Suara Tak Semangat Macam Selalu” – Netizen Risau Tengok Keadaan Kak KM Menangis Sambil Masak Sebab Rindu Anak
BERITA
Pendaki Malaysia Cedera Parah, Patah Tulang Pinggul Jatuh Di Gunung Rinjani
HIBURAN
LeAnn Rimes Cemas, Gigi Tercabut Semasa Menyanyi: “Saya Rasa Seperti Ada…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Reda Dikecam Gara-Gara Berubah Jadi ‘Wanita’, Saiful Malaysian Idol Rindu Nak ‘Comeback’ - “Masyarakat Tak Suka Tapi Saya…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
28/06/2025
03:25 MYT
Sponsor Banner
Reda Dikecam Gara-Gara Berubah Jadi ‘Wanita’, Saiful Malaysian Idol Rindu Nak ‘Comeback’ - “Masyarakat Tak Suka Tapi Saya…”
Peserta program realiti Malaysian Idol musim pertama, Saiful Bakeri mengakui dia berasa terkejut apabila video dia menyanyi lagu Ku Juga Mencintaimu kembali tular.

Perubahan imej

Saiful memberitahu kemungkinan video yang dirakam tahun lalu itu tular disebabkan netizen terkejut melihat perubahan imejnya yang kini seperti wanita.

“Saya sebenarnya terkejut juga bila video tahun lalu itu menjadi tular tiba-tiba. Mungkin orang terkejut melihat perubahan imej saya.

“Tapi apa yang orang nampak, itulah Saiful… perubahan ini dah lama sebenarnya. Sebelum ini pun dah pernah tular,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tak kisah dikecam

Menyedari masyakat tidak menerima golongan sepertinya, Saiful bagaimanapun reda dan terima segala kecaman yang dilemparkan kepada dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Saiful ‘Ku Juga Mencintai Dirimu’ Belanja Nyanyi Lagu, Netizen Tekejut Dengan Imej Baru - “Sedap Suara…”

“Saya faham, kita dekat Malaysia dan masyarakat tak suka tapi saya tak nak jadi hipoktrit. Memang selepas Malaysia Idol, saya berubah dengan imej ini.

“Bagi saya, saya terima seadaannya dan saya reda dengan segala kecaman. Saya dah tak kisah sebab sebelum ini pun dah pernah tular dan lambat-laun pun benda akan senyap.

“Yang penting bagi saya, saya tahu dan pandai jaga diri. Itu pun sudah cukup,” ujarnya.

Rindu nak comeback

Dalam pada itu, Saiful yang kini berusia 39 tahun ini meluahkan rasa kerinduan untuk kembali ke industri muzik tanah air namun menyedari imejnya tidak sesuai.
“Bukan tak nak dah menyanyi. Sebenarnya saya rindu nak kembali dalam industri muzik. Tapi bila kita berubah macam ini, orang tak suka dan orang tak nak panggil buat show.

“Saya memang nak menyanyi lagi tapi nak buat macam mana. Kalau ada rezeki untuk ‘comeback’ memang saya nak,” katanya.

Sebelum ini, tular video memaparkan penyanyi kelahiran Sarawak yang dipercayai Saiful menyanyikan lagu lamanya Ku Juga Mencintai Dirimu mencetuskan rasa rindu dan sayu dalam kalangan peminat.
Menerusi rakaman berdurasi seminit yang dimuat naik di TikTok, kelibat Saiful mendendangkan lagu tersebut nyata membangkitkan kenangan lama buat warganet yang pernah mengikuti perjalanan karier seninya sekitar awal 2000-an.
Walaupun imej terkininya mengundang pelbagai reaksi, namun ramai yang mengakui masih tersentuh mendengar suara merdu penyanyi berusia 39 tahun itu.
Topic Berkaitan
#Malaysian Idol
#Saiful
#Ku Juga Mencintaimu
#Perubahan imej
#Saiful Malaysian Idol
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement