Reda Ketentuan Illahi, Beby Tora Gembira Tumpang Kasih Sayang...
Asraf Aided
07/01/2021 14:45 MYT
07/01/2021 14:45 MYT
Personaliti media sosial, Beby Tora akur dengan kehendak Ilahi yang masih belum mengurniakan zuriat buat dirinya dan suami, Muhammad Hafis Al Hafus Johari.
Namun, Beby Tora atau nama sebenarnya Nor Atierah Zulfatie Zulkifli gembira kerana berpeluang bergelar ibu angkat kepada anak rakannya.
Beby Tora berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya beserta foto bersama suami dan anak angkatnya itu.
"Ini anak angkat Tira dan Apit, ini anak kawan baik Tira, nama si anak ialah Wan Nur Inara Adelia.
"Walaupun baru pegang budak kecil ni, mai dah naluri ibu tu, tak kira la pegang anak siapa pun, mesti rasa macam pegang anak kita," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Beby Tora juga berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada rakannya kerana sudi berkongsi kasih sayang.
"Terima kasih kawan baik sebab bagi pinjam gelaran Mama dan Abah dekat kami, terharu sangat sebab member sudi berkongsi kasih sayang," tambahnya.
Pada masa yang sama, Beby Tora juga tidak putus harapan dengan rezeki Allah SWT dan yakin akan dikurniakan zuriat apabila tiba masanya.
"Sebenarnya Tira reda dah dengan apa yang Allah tentukan, bila sampai masa nanti, Allah mesti bagi, sekarang kita enjoy dulu, kita tumpang kasih sayang anak kawan-kawan dulu.
"Moga tahun ini atau tahun-tahun akan datang, kita berdua bergelar seorang Ibu dan Ayah, Amin," akhirinya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Beby Tora memberi sokongan positif dan mendoakan semoga dia dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti.
Terdahulu, Beby Tora dan Hafis mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2019.