Laman Utama

Redah Hujan Sampai Basah Kuyup.. Ebit Lew Turun Padang Bantu Peniaga Yong Tau Fu - "Bila Saya Beri Sedikit Duit Wajah Makcik Ni Berubah ..."

gempak
Zulaikha Yusof
15/04/2021
02:00 MYT
Sponsor Banner
Redah Hujan Sampai Basah Kuyup.. Ebit Lew Turun Padang Bantu Peniaga Yong Tau Fu - "Bila Saya Beri Sedikit Duit Wajah Makcik Ni Berubah ..."
Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa simpati melihat nasib yang menimpa seorang peniaga di Wangsa Maju yang diuji dengan kehadiran hujan dan ribut pada hari pertama meniaga di bulan Ramadan.
Menurut Ebit, anggaran kerugiaan yang ditanggung adalah sebanyak RM800.
Tidak menunggu lama, Ebit turun padang ke tempat kejadian dengan membelikan khemah baru serta menghulurkan sejumlah wang untuk diguna pakai.
"Sebak sayu rasa hati semalam bila tengok khemah makcik jual Yong Tau Fu di Wangsa Maju runtuh rosak diterbangkan angin waktu hujan ribut kuat semalam.
"Baru hari pertama berniaga. Semuanya rosak. Dekat RM 800 juga semuanya modal. Berat ujian mereka. Disinilah rezeki dan harapan mereka. Ujian mereka.
"Saya terus ke sana tadi. Saya belikan 7 khemah baru beli untuk mereka buat 7 peniaga yang tiada khemah. Berikan sedikit duit belanja buat sebahagian peniaga.
"Betapa besar harapan seorang peniaga menanti bazar Ramadhan ini. Dengan nak dapat tapak. Ramai yang nak masuk. Dengan keadaan covid 19 sekarang. Allahuakbar.
"Bila saya beri sedikit duit tadi wajah makcik ni berubah sebak sayu jer. Ucap terima kasih. Gembira rasa dapat melihat beberapa peniaga gembira hari ini," tulisnya di Instagram (IG).
Tambah Ebit, dia sempat membeli juadah yang dijual daripada tiga gerai untuk dihidangkan ketika waktu berbuka.
Dalam pada itu, Ebit turut mendoakan agar urusan peniaga bazar Ramadan dan pasar malam mencari rezeki akan dipermudahkan Allah.
"Saya borong dekat 3 kedai tadi. Beli makanan mereka dengan bekas-bekas saya pinjam dahulu sebab nak jamu orang buka puasa.
"Melihat senyuman mereka buat saya gembira. Ada ibu tunggal. Ada bawa anak tolong berniaga.
"Ramai berlari-lari ajak ambil gambar dan hadiah saya apa sahaja mereka jual. Saya juga beri sedikit belanja hadiah buat mereka.
"Musim hujan sekarang. Agak kurang orang membeli. Tengok makanan banyak rasa sedih.
"Tapi kata peniaga disini. Beginilah ustaz cari rezeki. Adat berniaga. Insya-Allah sekejap lagi ramai datang membeli. Allahuakbar.
"Berapalah sangat untung mereka. Tapi demi rezeki halal. Bagi kita mungkin sedikit tetapi bagi peniaga 50 sen itu rezeki buat mereka.
"Saya doakan Allah berkatkan dan mudahkan buat semua peniaga Bazar Ramadan dan pasar malam di seluruh Malaysia," tulisnya lagi.
Sepanjang Ramadan ini, jangan lupa saksikan 'Jejak Ebit Lew' yang bersiaran pada setiap hari Isnin, jam 9 malam di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live