Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

REDLINE Fitness Games: Juara Pro Rumble Lelaki Marc Le Bangga Biarpun Letih, Norman Hakim Nak Join Lagi Tahun Depan!

Gempak
16/07/2024 09:25 MYT
REDLINE Fitness Games akhirnya melabuhkan tirai dengan menyaksikan semua peserta menyajikan aksi-aksi hebat mereka yang berlangsung di Mines International Exhibition Convention Centre (MIECC), The Mines, hujung minggu lalu.

Marc Le Luar Biasa

Bagi pemenang tempat pertama dalam acara Pro Rumble kategori lelaki, Marc Le, dia menyifatkan REDLINE kali ini sangat menakjubkan.

“Hujung minggu yang menakjubkan di REDLINE. Bagi sesiapa yang bertanding, saya pasti semua keletihan seperti saya dan saya rasa akan mengambil cuti beberapa hari akan datang.

“Saya tidak boleh lebih berbangga untuk mewakili keluarga dan rakan-rakan saya tetapi juga berasa bangga seperti mewakili negara saya, ia mengingatkan saya pada hari ragbi saya dan saya harus tamatkannya.

“Saya rasa seperti saya mempunyai seluruh rakyat malaysia di belakang saya. Ia satu perasaan yang luar biasa. Terima kasih banyak atas mesej, kasih sayang dan sokongan,” ujarnya ketika ditemui selepas dinobatkan sebagai pemenang.

Dalam kategori tersebut, Marc membawa pulang hadiah utama bernilai RM2,500.

Norman Hakim Nak Sertai Lagi!

Bagi aktor Norman Hakim yang juga peserta Pro Rumble pula, dia menyifatkan REDLINE adalah peluang terbaik sehingga dia berada dalam kedudukan 20 terbaik.

“Saya rasa best sangat sebab saya rasa ia pengalaman yang menarik.

“Ini bukanlah satu pengakhiran, pada saya ini adalah permulaan untuk saya sertai lagi pada tahun depan.

“Usia bukanlah satu penghalang, biarpun usia saya kini 48 tahun, pada saya mindset kena kuat, disiplin dalam fitness itu yang perlu untuk kita amalkan dalam hidup.

“Saya nak masuk lagi tahun depan, saya mahu generasi Malaysia mengekalkan gaya hidup sihat,” katanya.

Untuk info, REDLINE Fitness Games adalah jenama acara kecergasan fungsi yang dimiliki dan dikendalikan oleh Fresh Events Asia Sdn. Bhd.

REDLINE merupakan acara perlumbaan kecergasan utama untuk mereka yang gemar pergi ke gim dan peminat kecergasan. Dilancarkan pada tahun 2023 di Kuala Lumpur, Malaysia, REDLINE sedang menggemparkan ruang perlumbaan kecergasan tempatan, dengan rancangan untuk pengembangan serantau ke Asia Tenggara pada tahun 2024 dan seterusnya.

#Marc Le #Pro Rumble #REDLINE Fitness Games