GAYA HIDUP

Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition Kini Di Malaysia, Hadir Dengan Warna Eksklusif & Tandatangan BamBam!

Umirah Halim 20/06/2025 | 03:32 MYT

Buat peminat K-pop dan teknologi, ini berita yang wajib anda tahu! Xiaomi secara rasmi telah melancarkan Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition di Malaysia hasil kolaborasi eksklusif bersama BamBam, penyanyi Kumpulan GOT7 dan duta rasmi jenama Redmi.

Model edisi terhad ini bukan sekadar telefon pintar biasa, ia adalah gabungan teknologi canggih dan sentuhan personaliti BamBam yang menjadikannya unik dan bernilai untuk dijadikan koleksi, khususnya buat peminat tegar GOT7 dan BamBam.

Peranti eksklusif ini dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis gilang-gemilang bertempat di Queen Sirikit National Convention Centre, Bangkok, Thailand.

Eksklusif Untuk Peminat BamBam: Tandatangan & Warna Khas

Menampilkan tandatangan rasmi BamBam (Kunpimook Bhuwakul) pada panel belakang serta rekaan warna eksklusif yang hanya tersedia untuk edisi ini, peranti ini tampil menonjol dengan gaya mewah dan premium.

Redmi Note 14 Pro 5G: Cantik, Tahan Lasak & Kamera Berkualiti tinggi

Bukan hanya cantik di luar, Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Edition turut dilengkapi struktur All-Star Armor, kaca Gorilla® Glass Victus® 2 dan tahan air serta habuk (IP68).

Ia juga disokong kamera 200MP AI pro-grade dengan OIS, sesuai untuk merakam momen seharian anda seperti idol K-pop!

Selain itu, antara ciri menarik lain termasuk Dynamic Shot, Dual Video, dan AI Erase Pro yang memudahkan penghasilan konten kreatif di media sosial.

Dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7300-Ultra dan bateri 5110mAh, ia menjanjikan prestasi lancar sepanjang hari.

Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition (12GB + 256GB)

Harga: RM1,299
Jualan bermula: 19 Jun 2025, jam 7 malam
Lokasi: Xiaomi Store, mi.com, Shopee & Lazada

Redmi Pad 2 Series: Tablet Mesra Bajet, Rasa Premium

Turut diumumkan ialah siri Redmi Pad 2 dan Redmi Pad 2 4G, pilihan tablet yang sesuai untuk hiburan, pembelajaran dan penggunaan harian.

Dengan skrin 11 inci 2.5K, kadar segar semula 90Hz, pembesar suara Dolby Atmos® dan cip HyperOS 2, pengalaman visual dan audio terasa imersif.

Siri ini juga menyokong fungsi Call Sync, Shared Clipboard, dan Network Sync, menjadikannya mesra pengguna dan fleksibel untuk mereka yang aktif di pelbagai peranti.

Harga Redmi Pad 2 Series:

Hadiah percuma terpilih:

Pelancaran Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition bukan sahaja satu inovasi teknologi, ia juga pernyataan fesyen dan gaya hidup, khas untuk mereka yang mengikuti perkembangan dunia hiburan.

Kolaborasi ini menandakan satu lagi pencapaian buat BamBam dalam arena global, dan pastinya akan menjadi rebutan peminat.

#BamBam #redmi #RedmiNote14SeriesxBamBam #RedmiPad2