Redup Belasungkawa… Ini Bintang Yang Telah Meninggalkan Kita Sepanjang 2021
Izwan Isa
05/01/2022 15:20 MYT
05/01/2022 15:20 MYT
Tahun 2021 tidak hanya menyaksikan pergelutan masyarakat dengan pandemik COVID-19, malah turut melihat pemergian insan-insan seni yang suatu ketika dahulu pernah mewarnai dunia hiburan tanah air.
Gempak menyorot kembali pemergian bintang-bintang ini yang telah pun dijemput Illahi. Al-Fatihah diucapkan kepada roh arwah, semoga mereka ini ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Datuk Jamali Shadat
Nama Datuk Jamali Shadat cukup terkenal sebagai pelawak suatu ketika dahulu. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 3 Februari 2021 di kediaman anaknya di Klang akibat sakit uzur. Beliau meninggal dunia pada usia 78 tahun.
Mak Cik Petir
Masihkah anda ingat pada watak Mak Cik Petir yang sering kali viral di media sosial? Mak Cik Petir atau nama sebenarnya Noryati Taib meninggal dunia pada usia 63 tahun pada 7 April 2021. Allahyarham menghidap kencing manis sebelum disahkan terjangkit COVID-19 pada awal Februari 2021.
Abu Bakar Omar
Kerap membawa watak bapa dalam drama mahupun filem, pelakon Abu Bakar Omar kembali ke pangkuan Illahi pada 16 April 2021. Pelakon filem Cinta Kolestrol itu menghembuskan nafas yang terakhir ketika usia 73 tahun di Kedah Medical Centre, Kedah akibat masalah jantung.
Benjy
Pelakon Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim disahkan meninggal dunia pada 11 Julai 2021 di Hospital Royal Prima, Medan, Indonesia selepas menghidap penyakit asma kronik. Sewaktu menghembuskan nama terakhir, anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty itu sedang menjalani hukuman penjara selama 11 tahun 3 bulan di Penjara Tanjung Gusta, Medan atas kesalahan memiliki dadah.
Siti Sarah
Rakyat Malaysia berdukacita selepas mendapat perkhabaran yang penyanyi Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 selepas bertarung nyawa akibat jangkitan COVID-19. Allahyarham yang juga merupakan isteri kepada pelawak dan pelakon Shuib meninggal dunia ketika usia 36 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia. Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 5 bulan.
Mamat Khalid
Pemergian pengarah dan pelakon terkemuka, Mamat Khalid pada 24 Oktober 2021 turut memberi kejutan dalam kalangan rakyat Malaysia. Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhir sekitar 12.30 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak akibat serangan jantung sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Masjid Paloh, Ipoh. Mamat Khalid meninggal dunia ketika berusia 58 tahun.
Gmie Screen
Merupakan vokalis kumpulan Screen, Gmie atau nama sebenarnya Hajmi Ibrahim meninggal dunia pada 10 Disember 2021. Ketika itu, arwah berusia 50 tahun. Untuk rekod, Gmie pernah menyertai program Gegar Vaganza musim ketiga.

#Siti Sarah
#Belasungkawa
#Benjy
#mamat khalid
#Gmie Screen
#Mak Cik Petir
#Datuk Jamali Shadat
#Abu Bakar Omar