Pelakon Reen Rahim berkongsi pengalaman menjayakan salah sebuah babak dalam filem Town Mall.

Memegang watak Akma, Reen menyifatkan adegan bergelut dalam kolam renang merupakan satu pengalaman baru buat dirinya.

"Ia merupakan pengalaman pertama saya menjayakan babak bergelut dalam kolam renang.

"Sejujurnya, saya sukakan pengalaman itu kerana ia agak agresif dan memberi satu memori baru untuk saya sebagai pelakon.

"Agak sukar sebenarnya tetapi saya menyahut cabaran itu untuk melengkapkan watak Akma," kata Reen.


Dalam pada itu, Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim memuji pasukan produksi yang menjayakan filem Town Mall.

"Mereka sangat profesional. Ketika saya menjayakan watak bergelut dalam kolam renang itu, keselamatan saya sangat diutamakan.

"Biarpun susah untuk melunaskan tanggungjawab menjayakan adegan itu, saya rasa selamat dan baik-baik sahaja," katanya lagi.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan filem Town Mall di pawagam rumah anda!



Filem ini merupakan hasil adaptasi novel seram popular berjudul sama karya novelis Hasrudi Jawawi.

Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem terbabit selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Town Mall, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.