Laman Utama
Reen Rahim Kahwin Hujung Tahun Ini, Masih Sorok Identiti Mr H! - “Nak Elak Penyakit Ain”
Pelakon Reen Rahim, 34, mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali Mr H pada hujung tahun ini.
Bagaimanapun, Reen belum bersedia untuk berkongsi tarikh rasmi dan identiti jejaka yang lebih muda daripadanya itu kerana mahu menjaga privasi dan mengelakkan penyakit 'Ain.
"Benar, saya bakal menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini. Dia seorang ahli perniagaan dan juga penggiat seni. Kami sudah berkawan hampir dua tahun dan dia enam tahun lebih muda dari saya.
"Asalnya, kami berdua tidak berhasrat nak berkahwin kerana tidak mahu terikat dengan sebarang komitmen, tapi pada masa sama kami saling menyukai antara satu sama lain.
"Tak tahulah apa agaknya doa keluarga, akhirnya kami berdua terbuka hati untuk menghalalkan ikatan dan berjanji untuk saling menjaga hingga ke akhir hayat," katanya.
Dalam pada itu, Reen meluahkan rasa syukur kerana mendapat penajaan sejumlah RM15 juta dalam pelbagai bentuk untuk penganjuran tiga majlis.
"Kalau boleh saya nak buat satu majlis saja, tapi memandangkan ada pihak yang sudi menaja kami memutuskan untuk menganjurkan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi.
"Kesemua majlis ini akan diuruskan oleh sahabat-sahabat saya kerana mereka tidak mahu menyusahkan saya. Mereka hanya mahu saya gembira pada majlis itu nanti," katanya.
Ditanya adakah dia akan mendedahkan identiti lelaki pilihan hatinya, Reen berkata: “Nanti saya akan umumkan pada hari nikah. Sebab nak elak penyakit Ain,” katanya.
Terdahulu Reen melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun bertindak untuk merahsiakannya atas permintaan keluarga.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video