Hiburan
“Reflect Things Together, Can Only See Each Other Cuti Nanti” – Tasha Manshahar Kongsi Dugaan Hubungan Jarak Jauh Dengan Suami
Penyanyi, Tasha Manshahar berkongsi kisah mengenai dugaan hubungan jarak jauh bersama suaminya penyampai radio Zayan, Raqib Majid.
Menurut Tasha, hubungan tersebut sememangnya tidak mudah namun dia dan Raqib mempunyai cara tersendiri untuk menangani dugaan yang dilalui.
Tasha berkongsi kisahnya menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
“As many of you might already know, my husband and I memang PJJ sejak awal kahwin, since I’m working in Melaka, and he's in KL.
“We meet only on weekends or during holidays, itu pun kalau sama-sama available. Dan kerana itu, we always make sure that we have quality time together bila berjumpa.
“Raqib is a busy working man. Masa dia sangat limited. Mana nak bahagi untuk keluarga, untuk isteri, sebab untuk diri sendiri pun kadang-kadang dia tak ada masa.
“This is one of my favourites everytime kitorg reunite. A deep conversation about life and each other.
“We talk about random things. We remind each other. We reflect things together. Knowing that we can only see each other again cuti nanti, semoga panjang umur
“Manusia takkan boleh lari daripada melakukan kesalahan, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Itulah hakikatnya, manusia itu bersifat lemah dan serba kekurangan.
“Saya, awak, mereka, kita semua sama, kena saling menerima dan berlapang dada. Sombong bukan pakaian kita.
“Sebab itu, Allah suruh kita selalu balik pada Dia. Minta dorongan dan panduan dariNya. Berharap hanya pada Dia. Simply sebab we are completely nothing without His mercy.
“I believe, friendship/marriage yang healthy adalah hubungan yang sentiasa saling menyokong dan menasihati ke arah kebaikan. Kalau ada kelemahan here and there, kita saling tegur dengan hikmah (bijak).
“Sebab kalau betul kita sayang kerana Allah, kita nak dia dan kita sama-sama jadi lebih baik, lebih berjaya. Lebih baik dan berjaya yang macam mana? Think about it.
“My dear @raqibmajid, I might annoy you most of the time. I might not be the perfect wife. I might not be able to solve everything for you.
“But I promise to always try my best, like how you always do for me and our family. Grow bigger, fly higher, my love. Semoga Allah selalu jaga,” tulisnya.
Terdahulu, Tasha dan Raqib telah mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018 dan kini sedang hamil anak pertama.
Foto: Instagram @tashamanshahar
Must-Watch Video