gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Dapur Pun Kena Basmi Kuman, Stok Makanan Sedia Ada Kena Buang" - Michael Ang Masih Khuatir, Beri Saranan Buat Kieda Crepe
VIRAL
Wanita Terjun Feri Dipercayai Dirasuk!
HIBURAN
Kim Seri Tak Pernah Rasa Malu Dengan Pekerjaan Suami - “Ada Yang Komen Suami Kerja Hotel Je…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Rehatlah Dulu Dik Dari Media Sosial, Pi Healing Mana-Mana" - Zulin Aziz Titip Pesan Buat Kieda Crepe

Amri Hassan
Amri Hassan
27/06/2025
04:30 MYT
Sponsor Banner
"Rehatlah Dulu Dik Dari Media Sosial, Pi Healing Mana-Mana" - Zulin Aziz Titip Pesan Buat Kieda Crepe
Pelakon dan personaliti media sosial, Zulin Aziz, tampil memberi teguran secara terbuka kepada usahawan dan pempengaruh kontroversi, Kieda Crepe, berhubung kemelut yang sedang melanda figura media sosial tersebut sejak awal minggu ini.
Menerusi satu bebenang di akaun Thread, Zulin berkongsi pesanan ikhlas dan menyarankan agar Kieda tampil membuat permohonan maaf secara ringkas dan terbuka, tanpa perlu memanjangkan isu atau menyalahkan pihak lain.
“Simple je dik kalau nak bagi statement minta maaf. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas apa yg berlaku. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam bergurau, memuat naik sebarang content di media sosial.
"Saya juga manusia biasa tak lari dari membuat kesilapan, maafkan saya,” tulis Zulin.
Zulin turut menasihatkan agar Kieda mengambil masa untuk berehat daripada media sosial, dalam usaha menenangkan diri dan mengelakkan situasi daripada terus berlarutan.
“Rehatlah dik. Rehat dulu dari media sosial. Dalam keadaan sekarang, lagi kita cakap, lagi banyak salah yang akan keluar.
"Kita tak selalunya betul. Tapi kita ada peluang nak betulkan keadaan. Kita bukan sempurna, tapi kita boleh jadi lebih baik dari sebelumnya," tambahnya.
Nasihat Zulin itu disambut baik oleh ramai pengguna media sosial yang menyifatkan pendekatan beliau sebagai cool, matang dan berlandaskan niat untuk membantu, bukan menjatuhkan.
Zulin mengakhiri pesanan itu dengan harapan agar Kieda dapat kembali bangkit dengan semangat yang lebih positif:
“Ikhlas dari hati untuk Kieda. Pi laa healing mana-mana," pesannya lagi.
Kenyataan itu hadir susulan pelbagai kontroversi dan kecaman yang sedang dihadapi oleh Kieda Crepe di media sosial, melibatkan kandungan video dan beberapa isu komunikasi yang menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan netizen.
Topic Berkaitan
#Viral
#Zulin Aziz
#Media Sosial
#maaf
#Pesanan
#Kieda Crepe
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement