Ada yang mungkin tidak sedar BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) sebenarnya menyelitkan pelbagai elemen nusantara dalam penghasilan filem berkenaan.

Selain skrip serta lawak yang penuh budaya Malaysia, BBBM2 turut menyelitkan elemen nusanstara dalam rekaan kapal angkasa mereka.

Antara yang jelas kelihatan adalah kapal angkasa Papa Zola yang dikenali sebagai MYS Kebenaran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios Nizam Razak, menerusi filem BBBM2 ini mereka telah menghasilkan kapal angkasa baru bagi watak Papa Zola selaku kapten dan juga pilot MYS Kebenaran.

Menurutnya, jika dilihat pada rekaaan MYS Kebenaran, ia diinspirasikan daripada rekaan Wau Bulan.

"Kita ambil elemen nusanstara dan kemudian digabungkan dengan teknologi angkasa. Bukan hanya MYS Kebenaran, MYS Keamanan juga dihasilkan dengan elemen congkak.

"Kita dapat lihat rekaan congkak pada MYS Keamanan ini yang mana ia mempunyai port kecil seperti guli," katanya yang juga pengarah filem BBBM2.

Menurutnya, selain itu rekaan gasing juga dapat dilihat menerusi kapal angkasa milik Kapten Kaizo.

Elemen design nusantara dalam BoBoiBoy Movie 2!

A post shared by BoBoiBoy (@boboiboy) on


Jika anda mahu melihat bagaimana filem BBBM2 ini dihasilkan, anda boleh tontonnya di video disebalik tabir di bawah.



Bagi anda yang masih belum menyaksikan BBBM2, apa tunggu lagi, serang pawagam anda yang berdekatan!

Untuk rekod, Isnin lalu BBBM2 telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM21 juta selepas 11 hari ditayangkan di pawagam.

Sebelum itu, BBBM2 berjaya meraih kutipan mencecah RM15.8 juta selepas lapan hari tayangan.

BACA: Wow! 11 Hari Tayangan, BoBoiBoy Movie 2 Raih RM21 Juta!

BACA: Power Weh! BoBoiBoy Movie 2 Dah Dapat RM15.8 juta Lepas 8 Hari Tayangan!