Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Rekod Dah Lama, Kenapa Tak Potong Sebelum Tayang?” – Gurauan Dengan Shuk Jadi Perdebatan, Warganet Bela Issey!

Fiza Kamarudin 07/07/2021 | 07:30 MYT

Tindakan penyampai radio Issey Fazlisham memohon maaf kepada Shuk kerana gurauan kasar dalam sebuah program pada Ahad lalu, dipuji warganet.

Issey yang menyedari babak daripada program tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi daripada warganet telah membuat video permohonan maaf secara terbuka kepada Shuk.
“Dengan apa yang berlaku, saya rasa bersalah sangat dan saya nak minta maaf kepada semua yang kurang selesa dengan gurauan saya dalam program itu.
“Saya sedar walaupun saya rapat dengan Shuk, selalu bergurau kasar tetapi benda itu tidak sepatutnya berlaku di hadapan public,” katanya.
Menerusi video berdurasi 1 minit 39 saat itu juga memaparkan Shuk ketika dihubungi Issey memberitahu dia tidak terasa hati dengan apa yang sudah berlaku.
“Jangan risau Issey, aku tak terasa hati, benda biasalah…gurau. Diaorang yang anggap macam tu, kita bergurau je diaorang tak tahu kita rapat macam mana.
“Pedulikan netizen tu. Kita tahu kita macam mana,” kata Shuk.
Sementara itu warganet di ruangan komen pula berpendapat, penerbit rancangan boleh memilih untuk memotong babak berkenaan kerana program tersebut sudah dirakam empat bulan lalu.

Malah ada yang mendakwa, ia sengaja dikekalkan untuk meraih rating program.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Issey ketika dihubungi berkata dia tidak terasa hati dengan komen-komen pedas dan mereka yang menghentam dirinya.
“Saya tidak marah. Saya juga ada salah kerana tidak sepatutnya saya gurau macam tu depan TV. Kepada yang tidak selesa dengan gurauan saya, sekali lagi saya memohon maaf.
“Kepada yang memberikan kata-kata semangat, terima kasih. Saya akan pastikan untuk lebih sensitif selepas ini,” katanya.

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

Sebelum ini tular di media sosial Issey mengeluarkan ayat ‘’makan dalam’, “awak pernah curang saya tak pernah!” kepada Shuk menerusi program I Can See Your Voice yang disiarkan Ahad lalu.
Usikan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi penonton sehingga ada yang menganggap Issey sengaja mengaibkan Shuk.

#Viral #Mohon Maaf #Issey Fazlisham #Shuk Sahar
;