Malaysia merekodkan kes harian tertinggi kes positif COVID-19 apabila merekodkan 7,289 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemas kini di media sosial beliau.

Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 2,642 kes, diikuti Johor (664) dan Kuala Lumpur (604).
Berikut merupakan pecahan kes baharu COVID-19 mengikut negeri:

Selangor : 2,642 kes
Johor : 664 kes
Kuala Lumpur: 604 kes
Sarawak : 513 kes
Kelantan : 425 kes
Negeri Sembilan : 410 kes
Kedah : 336 kes
Pulau Pinang : 380 kes
Terengganu : 268 kes
Sabah : 266 kes
Melaka : 258 kes
Perak : 218 kes
Pahang : 211 kes
Labuan : 63 kes
Putrajaya : 2 kes

A post shared by Kementerian Kesihatan Malaysia (@kementeriankesihatanmalaysia)