Hiburan
Rela Bermadu? Baca Artikel dan Lihat Video Di Sini
Bukan semua wanita rela hidup bermadu dan berkongsi kasih. Sebab itulah wujud perumpaan sendiri yang mengatakan ‘madu’ itu pahit.
Bagaimanapun ada wanita yang bahagia hidup bermadu. Sebagai contoh, dua isteri Ashraf Muslim bahagia melayari kehidupan rumah tangga mereka.
Begitu juga penyampai radio Salih Yaacob yang berjaya menangani isu poligami dengan baik sekali.
Jika anda pernah menonton filem Indonesia berjudul Syurga Yang Tak Dirindukan (SYTD), anda pasti dapat melihat bagaimana filem ini membawa satu kelainan tentang isu poligami.
Filem Syurga Yang Tak Dirindukan mengisahkan kehidupan keluarga yang dibina oleh sepasang suami isteri, Prasetya (Fedi Nuril) dan Arini (Laudya Cintya Bella). Kehidupan rumahtangga mereka yang bahagia pada mulanya berubah dan mengalami konflik ketika Prasetya menyelamatkan seorang wanita, Meirose (Raline Shah) yang sedang hamil.
Merasakan kasihan dengan nasib Meirose dan anak yang bakal dilahirkan tanpa ayah, Prasetya membuat keputusan untuk berkahwin dengan Meirose tanpa pengetahuan Arini.
Jangan lupa untuk saksikan filem SYTD 2 yang akan menemui penonton pada 16 Februari ini di lebih 50 pawagam seluruh Malaysia dengan menampilkan penampilan khas pelakon Nora Danish.
Sebelum filem keduanya ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Astro Gempak bawakan SYTD terdahulu istimewa buat anda semua:
Sementara itu, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu, Datuk Khairul Anwar Salleh, yang sudah menonton SYTD berkata, filem ini berjaya menangani isu poligami dengan cara yang baik.
"Secara keseluruhan apa yang boleh saya katakan filem ini amat baik dimana cara dia menangani isu yang amat sensitif dengan baik.
"Apa yang menarik dalam filem ini adalah bagaimana cara pengarah dan penulis skrip berjaya menyentuh isu sensitif dengan cara yang tidak meremehkan para penonton.
"Ini kerana bukan mudah untuk sesorang pengarah untuk menangani isu poligami ini dengan cara baik kerana ia merupakan satu isu yang amat sensitif kepada masyarakat di luar sana terutamanya wanita.
"Saya berasakan itu sebenarnya kekuatan yang terdapat dalam filem ini sehingga ia telah mendapat pengiktirafan pada tahun lalu," katanya kepada Astro Gempak.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video