Satu video mengejutkan tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak yang didakwa berumur 13 tahun membuat cubaan membunuh bersenjata terhadap pemandu e-hailing.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku di Sungai Petani, Kedah, dapat dilihat kanak-kanak lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau dan menikam pemandu setelah kereta diberhentikan.

Bagaimanapun, menurut individu yang mendakwa dirinya menantu mangsa melaporkan, kanak-kanak itu telahpun dicekup pihak berkuasa dan kini sedang berada di balai polis.

Menantu mangsa juga mendedahkan tiada sebarang kecederaan yang berlaku ke atas bapa mentuanya dalam kejadian mengejutkan berkenaan.

Video itu meraih perhatian netizen, di mana rata-ratanya menyuarakan kebimbangan terhadap pemandu tersebut.

"Mujur tak benam sebab seatbelt tu. Kami doakan pak cik sihat dan selamat sejahtera selalu,"

"Nasib baik pisau tu kena seatbelt, kalau tertusuk tu boleh cedera atau membawa maut,"

"Tepat-tepat seatbelt, lucky gila macam filem. Semoga uncle sembuh dari trauma cepat-cepat dan dapat bekerja semula."

BERITA TRENDING: Netizen Jijik Suami Tawar Servis Seks Dengan Isteri, Bertukar-Tukar Pasangan! - "PDRM Mohon Siasat"

Setakat artikel ini ditulis, video itu telah mendapat lebih 200,000 tontonan dan 3,000 repost di Platform X.

Sumber: Platform X