BERITA

Remaja Dakwa Dirasuk Ketika Bunuh Ibu Sedang Solat

Gempak 04/08/2025 | 10:25 MYT
Seorang remaja tergamak membunuh ibu kandungnya dengan lesung batu.

Mangsa dikenali sebagai YT, 49, maut di tangan anaknya ketika kejadian menggemparkan di rumah mereka di Kelurahan Panorama Kecamatan Singaran Pati Kota Bengkulu di Indonesia pada Sabtu.

"Pembunuhan itu dibuat ketika ibunya sedang mengerjakan solat Zuhur. Pelaku dikenali sebagai NR, 18, sudah pun ditahan pihak berkuasa setelah menerima aduan jiran tetangga, " kata Kanit Reskrim Polsek Gading Cempaka, Iptu Putra Agung.

Siasatan awal mendapati pelaku pernah menerima rawatan di Rumah Sakit Khusus Jiwa (RSKJ) dan baru keluar dari pusat tersebut pada Rabu lalu.

"NR mengaku membunuh ibunya kerana dirasuk. Dia juga meminta jiran menjaga adik-adiknya," kata salah seorang jiran, Ice.

Jasad mangsa telah dihantar ke ke Rumah Sakit Bhayangkara Kota Bengkulu untuk bedah siasat.

Sumber: Sinar Harian