VIRAL
Remaja Ditahan Seludup Ribuan Semut, Dakwa Kumpul Serangga ‘Suka-Suka’
Dua remaja Belgium ditahan pihak berkuasa Kenya selepas didapati menyeludup ribuan semut.
Lornoy David dan Seppe Lodewijckx, kedua-duanya berusia 19 tahun ditahan pada 15 April lalu selepas didapati menyeludup sekitar 5000 semut di sebuah rumah inap.
Kesemua semut itu dimasukkan ke dalam 2, 244 bekas kecil yang diletakkan kapas dan ditutup agar serangga tersebut boleh bertahan dalam tempoh beberapa bulan.
Sewaktu ditangkap, dua remaja tersebut mendakwa mengumpulkan semut kerana ‘suka-suka’ dan tidak tahu ia menyalahi undang-undang, lapor CNN.
The Kenya Wildlife Service mengatakan semut yang diseludup mempunyai pasaran di Eropah dan Asia. Ia juga mempunyai nilai yang sangat tinggi bergantung kepada spesis dan pasaran.
Sejak beberapa tahun lalu Kenya berdepan dengan isu penyeludupan bahagian badan haiwan liar termasuk gajah dan badak sumbu.
Namun penahanan dua remaja tersebut bersama ribuan semut disifatkan sebagai telah mengubah kes penyeludupan di negara tersebut.