Seorang remaja lelaki tidak malu untuk mengayuh basikal sejauh dua kilometer setiap hari sebagai satu usaha untuk mencari rezeki sepanjang tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh.
Bagi Muhammad Syamil Mansor, 19, dari Kampung Jalan Kemunting, Pasir Puteh, dia sanggup demi memastikan makanan sampai kepada tangan pelanggan.
Memetik laporan Sinar Harian, pelajar lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dari Kolej Vokasional Kuala Krai (KVKK) itu akan menunggang motosikalnya dari Pasir Puteh ke Kota Bharu dan parkir di sebuah pasar raya di bandar.
Anak muda itu kemudiannya akan memulakan tugas pada 10 pagi sehingga 5 petang dengan berbasikal, sebelum kembali kepada motosikalnya untuk pulang ke rumah.
"Saya ingin mencuba dan bila buat permohonan di sini, kata mereka jawatan untuk 'rider' dengan motosikal sudah penuh, hanya untuk 'walker' iaitu melibatkan penghantaran makanan dengan jarak tidak lebih daripada dua kilometer.
"Pada mulanya saya agak keliru untuk memilih sama ada mahu meneruskan kerja atau sebaliknya tetapi percubaan minggu pertama saya hanya berjalan kaki," katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Syamil, dia kemudiannya memilih untuk membeli basikal kerana lebih menjimatkan masa.
Kini, pemuda itu dapat menarik nafas lega dengan kesungguhannya sejak dua bulan lalu kerana sekurang-kurangnya pendapatan yang diperoleh dapat membantu bapanya, Mansor Mahmud, 52, yang hanya bekerja sebagai buruh di sebuah kedai perkakasan dan ibunya, Rohani Mustafa, 53, seorang suri rumah.
"Apa pun saya lakukan, keluarga selalu berpesan, niat di hati itu paling penting. Setiap kerja ada ujian dan cabaran, maka lalui dengan tenang dan sabar.
“Itulah yang menjadi kekuatan saya setiap kali berdepan situasi panas, hujan dan ribut," jelasnya lagi.
Gempak
Sat Jun 05 2021


Tak Sempat Sampai Majlis Pengebumian Nenek, Pemain Badminton Dan Ibu Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
Allahuakhbar... Al-Fatihah...

“Saya Reda Dengan Qada & Qadar”- Adi Putra Mengesahkan Nama Tiada Dalam Mat Kilau 2
Tiada rezeki Adi kali ini

"Hubungan Juga Sudah Tidak Baik" - Peguam Jelaskan Diana Danielle Bayar Sewa Rumah, Ada Hak Halang Farid Kamil Masuk
Penjelasan peguam mewakili Diana.

Kecoh Tersebar Gosip Son Ye Jin Minta Cerai Sebab Hyun Bin Kuat Berjudi
Harap semuanya baik-baik sahaja.

"Tak Mungkinlah Kami Bergaduh" - Syida Melvin Cabar Diri Gerak Solo Tanpa Adik-Beradik
Adik beradik kot

Peminat Dakwa Tak Ada Job, Agnes Mo: “Sekali Bekerja Cukup Untuk Beberapa Tahun”
Fuh, sekali kerja dah cukup tau. Hebat Agnes Mo.

Shaheizy Sam Elak Komen Masalah Rumah Tangga Orang - “Saya Percaya Kifarah”
Ada betul kata Sam tu...

Suami Yana Samsudin Edit Gambar Dengan Pelakon High Council, Netizen - “Yang Belakang Itu Next Kapla Ke?”
Terhibur tengok haha

Bekas Pemain Bass XPDC, Man Tobey Meninggal Dunia
Al-Fatihah...

“Saya Masih Sayangkan Diana” - Farid Kamil
Semoga ada jalan pendamaian