Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Remaja Kudung Sentuh Hati Jutaan Penonton

Syafiqah Jalal 21/03/2017 | 08:39 MYT
Seorang remaja yang dilahirkan tanpa kedua belah tangan menyebabkan penonton mengalirkan air mata menonton persembahannya menerusi rancangan Romania’s Got Talent minggu lalu.
Gadis berusia 14 tahun yang dikenali sebagai Lorelai Mosnegutu, menyanyikan lagu A Million Star nyanyian asal Luminita Anghel dalam rancangan pencarian bakat itu dan telah memukau penonton dengan kehebatan vokalnya.
Selain memukau penonton dengan vokalnya, Lorelai telah membuat penonton tergamam dengan kehebatannya bermain alat muzik menggunakan kedua belah jari kakinya.
Ikutan persembahannya yang mengagumkan dan berjaya menyentuh hati kebanyakan penonton.
Lorelai Mosnegutu turut mendapat ’Golden Buzz’ daripada salah seorang juri dan melayakkan dia untuk terus mara ke peringkat separuh ahkir pertandingan itu.
Apa yang lebih menyayat hati tentang gadis remaja ini adalah dia telah diabaikan oleh kedua ibu bapanya sebaik sahaja dilahirkan.
Kisahnya kemudian mendapat perhatian seorang sukarelawan lalu dia telah diambil sebagai anak angkat.
Lorelai juga dikatakan tidak bercakap sehigga mencecah umur tiga tahun dan tidak mampu berjalan sehingga berusia empat tahun.
Walaubagaimanapun, Lorelai telah mula menerima kekurangan dirinya dan kini dia telah melakukan banyak perkara dengan hanya menggunakan kedua belah kaki seperti melukis, dan menaip menggunakan komputer.
Baru-baru ini juga dia telah menghasilkan beberapa buah buku.
Disini kami kongsikan video nyanyian Lorelai yang telah membuatkan jutaan penonton menangis.
Teks oleh : Izzat Ridzwan
Sumber : Romania-insider.com, FB I'm So Blessed Daily
#Viral #Viral
;