Remaja Mati Selepas Terjatuh Dalam Kolam Ketika Leka Bermain Telefon

Syafiqah Jalal
Julai 11, 2017 06:56 MYT
Akibat terlalu leka dengan telefon bimbit, seorang remaja berusia 15 tahun maut kerana terjatuh ke dalam sebuah kolam.
Kejadian yang berlaku di China itu telah dirakam oleh sebuah CCTV bertarikh 6 Julai lalu kira-kira jam 9 malam.
Dalam rakaman tersebut, remaja tersebut dilihat berjalan-jalan berhampiran kolam sambil bermain telefon bimbitnya.
Pelajar itu terlalu leka bermain telefon bimbitnya sehingga tidak perasan dihadapannya terdapat sebuah kolam yang agak dalam.
Sejurus terjatuh, lelaki itu dilihat terkapai-kapai meminta tolong namun, tiada siapa yang menyedarinya.
Menurut Top-News, mayat pelajar itu ditemui keesokan harinya.
Berikut merupakan video yang dirakam:
#Viral #Viral #Leka Main Telefon Bimbit