Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Remaja Maut Dipukul Abang Teman Wanita Ketika 'Berdating'

Syafiqah Jalal 25/04/2017 | 06:03 MYT
Seorang remaja berusia 16 tahun maut setelah dibelasah oleh abang kepada teman wanitanya.
Mohd Ayieruchizamsyah Lambang, yang ketika itu sedang bertemu janji tiba-tiba didatangi oleh abang teman wanitanya lalu memarahi mereka dan menumbuk mukanya.
Mangsa kemudian telah dipukul di bahagian tengkuk dengan sebatang kayu.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian telah bertindak menahan lelaki berusia 18 tahun itu daripada terus memukul Mohd Ayieruchizamsyah.
Menurut Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan.
“Siasatan awal mendapati, suspek marah kerana adik perempuannya sebelum ini pernah beberapa kali lari dari rumah mengikut teman lelakinya,” katanya kepada pihak media.
Selepas dipukul, mangsa pulang ke rumah dan sempat memaklumkan kepada ibunya mengenai kejadian tersebut.
Keesokan paginya, dia ditemui tidak sedarkan diri dan telah disahkan meninggal dunia di dalam biliknya.
Sumber : Astro Awani
Olahan : Izzat Ridzwan
#Meninggal Dunia #Terbunuh
;