gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Suami Bonda Rozita Alami Sesak Nadas Di China - “Kami Berbual Tiba-Tiba Dia…”
HIBURAN
Fajar Noor Akui Cinta Lokasi Dengan Shabrina: “Tapi Itu Sudah Masa Lalu”
HIBURAN
Nazim Othman Jadikan Ammar Ayan Sumber Inspirasi - “Lagu Kebangsaan Dia Adalah Lagu Tema Saya”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Cas Telefon Bimbit Dalam Bas Ekspres

Gempak
Gempak
03/11/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Cas Telefon Bimbit Dalam Bas Ekspres
Seorang remaja maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya menggunakan soket di dalam sebuah ekspres di Terminal Bas Penang Sentral, Butterworth pada jam 7.40 malam, Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, maut di tempat kejadian dengan kecederaan pada jari tangan sebelah kiri.
"Maklumat daripada pemandu bas, mangsa dari Kampung Mesra Bagan Lalang, Butterworth menaiki bas ekspres untuk ke Kuala Lumpur Sentral pada jam 6 petang.
"Ketika berada di dalam bas, dia diberitahu oleh seorang penumpang lain bahawa mangsa menjerit dalam keadaan mulutnya berbuih.
"Pemandu bas terus menghubungi ambulans untuk dapatkan rawatan awal," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Anuar berkata, hasil pemeriksaan awal pada tubuh mangsa mendapati, terdapat kesan melecur di jari tangan sebelah kiri disyaki kesan renjatan elektrik semasa mangsa mengecas telefon miliknya pada soket yang disediakan di dalam bas.
"Ia berpandukan keadaan pada penghujung kabel yang cair dan juga telefon bimbit dalam keadaan panas.
"Pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian pada jam 6.20 petang telah mengesahkan kematian mangsa.
"Pegawai perubatan Hospital Seberang Jaya telah mengesahkan punca kematian mangsa adalah renjatan elektrik dan tiada kecederaan lain," katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut di lokasi mendapati, tiada unsur jenayah ditemui dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Maut
#Remaja
#Renjatan Elektrik
#Bas Ekspres
#Cas Telefon Bimbit
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement