Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Remaja Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Main Bola Sepak

Awani
09/09/2024 16:25 MYT
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia ketika sedang bermain bola sepak di padang Semenyih, Selangor, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada seorang lelaki yang juga jurulatih sebuah kelab bola sepak pada jam 4.08 petang.

"Hasil siasatan mendapati semasa kejadian mangsa sedang dalam perlawanan bola sepak, tiba-tiba rebah, sebelum dibawa ke klinik berhampiran.


"Remaja tersebut kemudian dibawa ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia pada jam 2.02 petang hari yang sama," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Naazron berkata, hasil bedah siasat oleh pakar perubatan mengesahkan mangsa mempunyai masalah kompilasi jantung dan asma.

"Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR)," katanya.

Beliau berkata, semua pihak terutama ibu bapa dinasihatkan membuat pemeriksaan kesihatan terhadap anak-anak terlebih dahulu sebelum menyertai mana-mana kejohanan atau aktiviti sukan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

BERITA TRENDING: Ibu Didenda RM700, Benarkan Anak 10 Tahun Pandu Kereta

BERITA TRENDING: Pelajar Hidap Penyakit Sopak Selepas Ditampar Guru

BERITA TRENDING: Polis Sangkal Dakwaan Pelakon Wanita Siasatan Tidak Ikut SOP

BERITA TRENDING: TikToker Ali Abulaban Rasa Tidak Adil Dipenjara Seumur Hidup Kerana Tembak Isteri



Sumber: Astro Awani menerusi Sinar Harian

#Bola #Meninggal #Dunia #Remaja #Sepak
;