Remaja Viral Curi Tabung Masjid Diketepikan Hukuman Penjara & Denda, Namun Perlu Lakukan...
Asraf Aided
17/01/2022 09:10 MYT
17/01/2022 09:10 MYT
Mahkamah Tinggi Shah Alam megetepikan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 hari ini terhadap seorang remaja kerana cuba mencuri tabung masjid seperti yang dibuat Mahkamah Majistret Selayang sebelum ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Hakim Datuk Abd Halim Aman memutuskan demikian terhadap Daniel Iskandar, 19, selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.
Menurut beliau, hukuman itu digantikan dengan melakukan aktiviti khidmat masyarakat selama 120 jam bagi tempoh enam bulan.
Pendakwaan kes tersebut diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Norhana Sahat manakala remaja itu diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali, Fahmi Abdul Moin, Azman Abdullah dan Ilyani Khszairy.
Turut hadir peguam Haniff Khatri Abdulla, Muhammad Hariz Yusoff, Nur Fatin Syakinah Kamarudin, Ahmad Khalil Md Rofiee dan Muhammad Mustaqim Ahmad Huzaini bagi Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) manakala Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie sebagai peguam pemerhati bagi Masjid Al Islahiah, Kuang, Rawang.
Pada Khamis, media tempatan melaporkan seorang remaja yang tular selepas dimandikan seperti jenazah, dipenjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana cuba mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang.
Daniel yang juga penganggur dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.
Sumber: Sinar Harian
Foto: Sinar Harian