'Remake' Bukak Api, Osman Ali Tanya Siapa Pelakon Yang Layak Bawa Watak Mak Nyah?

Amri Hassan
Januari 2, 2018 04:53 MYT
Masih ingat filem kontroversi 17 tahun lalu, Bukak Api, arahan sutradara terkenal Osman Ali?
Bukak Api merupakan sebuah filem dokumentari tentang realiti kehidupan golongan mak nyah dan pekerja seks di Malaysia.
Bahang filem Bukak Api kembali dicetuskan oleh Osman menerusi Twitternya baru-baru ini yang berhasrat mahu mengarahkan semula filem itu.
"Kalau 'remake' balik filem Bukak Api, siapakah pelakon-pelakon paling sesuai untuk membawakan watak utamanya seorang mak nyah," soal Osman.

Kalau remake balik filem BUKAK API siapakah pelakon2 paling sesuai untuk membawakan watak utamanya seorang "mak nyah"? pic.twitter.com/fPGJMjxdqU

— osman ali (@osmanali_eranoi) December 31, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pertanyaan itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat malah ada yang mencadangkan beberapa nama termasuk Zizan Razak, Datuk Jalaluddin Hassan dan Shukri Yahaya.
Filem Bukak Api membuka sisi gelap Kuala Lumpur dan kehidupan mak nyah di lorong gelap seperti Chow Kit dan Lorong Haji Taib.
Bukak Api mengisahkan kehidupan pelacur mak nyah bernama Kak Su, Tipah, Manisha, Riena, Jelita dan pelacur wanita bernama Murni yang sarat mengandung.
Sensasi kehidupan pekerja seks itu bagaimanapun menghalang filem Bukak Api daripada ditayangkan di pawagam Malaysia.
Namun, filem Bukak Api pernah ditayangkan di beberapa festival antarabangsa misalnya di Mesir, Perancis, New Zealand dan Singapura.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter @osmanali_eranoi
#Filem #Kontroversi #Filem #Bukak Api #Osman Ali