“Reminder Untuk Yang Masih Ada Suami…”- Nora Ariffin

Syafiqah Jalal
September 14, 2018 09:19 MYT
Penyanyi Nora Ariffin telah memberi ingatan kepada semua wanita yang bergelar isteri dan masih mempunyai suami supaya menjaga pasangan mereka sebaik mungkin.
Nora atau nama sebenayra Wan Norafizah Ariffin, 45, memberitahu isteri sering alpa untuk meminta maaf kepada suami.
Bagaimanapun, isteri kepada komposer arwah Johan Nawawi itu berkata dia bersyukur kerana suaminya telah memaafkannya di dalam pelukkan terakhir sebelum pergi buat selamanya.
“Reminder untuk yang masih ada suami. Jagalah suami sebaik mungkin.
Kita isteri yang sering alpa..... Alhamdulillah pelukkan terakhir arwah suamiku memaafkan aku dunia dan akhirat...Terima kasih Allah......Terima kasih sayang,” tulisnya.
Penyanyi lagu Desa Tercinta itu berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Sementara itu, Nora turut berkongsi sedikit tulisan daripada seorang penulis berjudul Syurga Seorang Isteri.
Johan meninggal dunia pada 24 Mac tahun lalu.
#Penyanyi #Nora Ariffin #Penyanyi #Nora #Johan Nawawi