Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Remote Di Tangan, Tak Siapa Paksa Tengok" - Nabil Kesal Netizen Kritik Cara Pengacaraan

Amri Hassan
21/02/2018 05:01 MYT
Pengacara popular Nabil Ahmad terkilan dengan segelintir netizen yang menyifatkan cara pengacaraannya menerusi rancangan Gegar Vaganza (GV) tidak membantu pembangunan negara.

Jelas Nabil, dia meletakkan tahap, cara, perkataan dan humor berbeza-beza apabila mengendalikan rancangan berbeza.

"Setiap program berlainan tahap, mentaliti, cara bercakap dan humor yang ingin disampaikan.

"Saya tidak akan samakan isi dan perbuatan dalam setiap rancangan saya.

"Takkan dalam rancangan GV saya nak melawak macam budak-budak? Lagipun, penonton GV melihat rancangan itu secara santai, tempat untuk relaks dan akan kembali meneruskan kehidupan masing-masing selepas tamat siaran itu.

"Mungkin yang bercakap itu tiada kehidupan!

"Apapun, terpulang pada penonton masing-masing untuk memilih rancangan yang dimahukan. Remote di tangan, tak ada siapa paksa tengok," kata Nabil kepada Astro Gempak.

Nabil yang ditemui pada majlis sidang media Ceria Megastar di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini bakal menjadi pengacara untuk rancangan tersebut.

"Apabila mengendalikan rancangan kanak-kanak karakter saya pun berubah, tidak seperti dalam GV atau MeleTOP. Bergurau pun untuk buatkan kanak-kanak terhibur," jelas Nabil.

Ceria Megastar menghimpunkan 18 peserta terbaik daripada Ceria Popstar, Ceria All Stars, Ceria i-Star dan Bintang Kecil.

Rancangan ini akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 2 Mac 2018 pukul 9 malam di Astro Ceria, Astro Prima, Astro Maya HD dan platform digital Astro GO.

Teks oleh: Amri Hassan
#Viral #Nabil Ahmad #Pengacara #Viral #GV
;