Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Remy Ishak Perhati Orang Sekeliling Bagi Menjiwai Watak ‘Nakal’ Zafran Dalam Jangan Menangis Cinta

Izwan Isa
24/03/2022 08:50 MYT
Drama adaptasi novel, Jangan Menangis Cinta baru sahaja menemui peminat awal minggu ini. Pelbagai reaksi diberikan oleh penonton termasuk ada yang turut ‘membenci’ watak Zafran yang dijayakan oleh Remy Ishak.

Menurut Remy, jika orang ramai membenci watak yang dijayakan, bermakna dia telah membawakan watak tersebut dengan baik.

“Saya tidak kisah jika ada tidak menggemari watak Zafran dalam Jangan Menangis Cinta kerana memang itu yang saya mahukan. Dari segi pembawakan watak memang berbeza memandangkan sebelum ini saya hanya membawakan watak-watak serius.

“Jadi, apabila diminta untuk menjayakan watak ‘nakal’ yang muda, ia memerlukan energy yang besar. Untuk Jangan Menangis Cinta ini, 10 episod pertama memang mencabar,” katanya kepada Gempak.

Ditanya adakah pernah berperangai nakal seperti Zafran pada usia muda, Remy berkata: “Zaman dulu saya pengawas, jadi saya yang tangkap budak nakal.

“Sebenarnya, sebagai pelakon kita perlu perhati orang sekeling dan kita mesti ada kawan-kawan atau kenal orang yang sama dengan perwatakan kita dalam drama. Jadi, saya gunakan peluang itu untuk adapt dan meluahkannya di depan kamera,” katanya lagi.

Remy turut berpesan kepada penggemar novel Jangan Menangis Cinta untuk menonton siri ini memandangkan ia mampu membawa pembaca dimensi yang berbeza-beza.

“Harapan saya supaya cerita ini diterima oleh pembaca novel. Semua tahu yang pembaca novel mempunyai imaginasi sendiri apabila membaca novel. Jadi, saya berharap secara visualnya, mereka dapat menerima drama ini sepenuhnya,” ujar Remy lagi.

Jangan Menangis Cinta mengisahkan perkahwinan yang dirancang antara Riyana (Amyra Rosli) dan Zafran (Remy Ishak) membuatkan mereka saling jatuh cinta selepas Riyana didapati berbadan dua. Namun perkahwinan mereka duji apabila anak yang lahir kurang upaya.

Hasil garapan sutradara Raja Mukhriz, drama ini turut dibintangi barisan pelakon Halim Radzi, Rita Nadira, Hawra, Kiah Propa, Dato Hilal Azman, Atilia Haron dan ramai lagi.

Jangan ketinggalan menonton drama bersiri Jangan Menangis Lagi di slot Megadrama pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria.

#Remy Ishak #Nakal #Jangan Menangis Cinta #Annoying